Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Senyumlah walau hidupmu terasa pahit saat ni.
.
Niatkan terus setiap kali bangun dan tidur kerana Allah sahaja.
.
Pandang sekeliling dan carilah apa yang engkau syukuri.
.
Sebutlah Alhamdulillah sebanyaknya. Ingat Allah banyak-banyak. Syaitan akan gagal menembusi kita. Baca doa pelindung banyak-banyak.
.
Kurangkan melihat kemewahan dan kebahagiaan orang lain jika ia membuatkan kita makin lupa bersyukur. If membuatkan kita semakin bersemangat teruskanlah lihat dan jagalah hati. Kerana apabila hati binasa, segala amalan ikut binasa.
.
Allah kata, manusia yang paling sedikit adalah yang paling banyak rasa syukurnya. Sebab bila bersyukur, syukur menambahkan nikmat.
.
Pilihlah untuk menjadi yang sedikit itu. Maksudnya disini ramai yang tidak bersyukur. Ini apa Allah kata. Bukan data statistik negara. 😅. Jadi jangan tanya mana NY dapat data orang tak bersyukur ni ramai. Allah sendiri telah beritahu. 🥰
.
Kita tegur kerana kita bimbang, selain syukur yang sedikit, yang banyakknya ia boleh menimbulkan ain, iri, dengki dan khianat. Berhati-hatilah.
.
Nora Yusof.

Kongsikan manfaat artikel ini di :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Perlukan Bantuan ?