Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Ketika hati marah tak dapat apa yang kita nak.
.
Jalannya sabar. Tahanlah. Sabarlah.
.
Sebab lepas sabar tu Allah bagi hikmah yang besar.
.
Tak kiralah isu apa pun. Sakit ke, penat ke, dll. Contoh… kita nak cepat sesuatu benda. So kita arahkan yang berkenaan bergerak. Tapi dia buat dek je…
.
Padahal benda tu penting sangat-sangat.
.
Dengan orang macam ni kena sabar dan ulang banyak kali.
.
Angkat tangan dan berdoalah kepada Allah.
.
Ya Allah kurniakan lah hati ku yang sabar. Tidak bergerak sesuatu tanpa izin engkau ya Allah. Daripada aku tidak menjaga lisan dan perbuatan ku dari mengeluarkan kata-kata yang menyakiti pendengarnya maka hidarkanlah. Sungguh syaitan suka pecah belah. Ya Allah gerakkan hatinya. Lembutkan hatinya. Agar dia mendengar perkataanku. Aamiin.
.
Semoga sabar ini kau kurniakan hikmah. Dan memang betul. Setiapnya ada hikmah. Tak kisahlah lambat dari segi masa atau tindakan. Pasti ada sesuatu yang Allah rencanakan.
.
Macam NY bersalinkan adeeba baru ni. NY nak sangat dia lahir tarikh sama dengan NY 9hb. Tapi Allah bagi 19hb. Doa NY sebenarnya Allah sentiasa makbulkan.
.
Manusia yang paling beruntung adalah mereka yang sentiasa dijentik oleh Allah untuk angkat tangan dan berdoa. Sabar dalam ujian. Dari sekecil-kecil perkara. Sabar dengan semua yang tidak engkau sukai. Barangkali ia baik untukmu.
.
Praktikkan dalam hidup. Sifat sabar yang tinggi. Dalam mendidik anak-anak dan juga menyantuni suami. InshaaAllah.
.
Nora Yusof.

Kongsikan manfaat artikel ini di :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Perlukan Bantuan ?