Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Lebih baik berniaga dari meminta-minta.
.
Orang berniaga sungguh adalah lebih baik daripada orang yang meminta-minta kerana mereka mendapatkan rezeki melalui hasil usaha mereka sendiri.
.
Berniaga sudah tentulah mahukan keuntungan.
.
Siapa yang berniaga mahu rugi? Tiada. Sebab matlamat berniaga adalah membuat keuntungan.
.
Masalah ramai pembeli atau customer adalah mereka sibuk mengira-ngira keuntungan peniaga.
.
Itu sama sekali salah dan tidak boleh. Sebab banyak faktor yang berbeza setiap peniaga yang tak boleh dinilai dengan untung pun.
.
Saya selalu cakap dengan hasben. Pa jangan kira untung orang. Kita beli je kalau nak beli. Kalau taknak beli diam. Sebab kita tak tahu apa struggle dia nak menjual tu. Nak beli susu anak ke. Nak buat sedekah ke. Nak bayar staff dia ke. Kita sibuk kira untung dia kenapa. Komitment setiap orang tak sama. Kalau kita rasa taknak beli. Kita cari je orang lain.
.
Sekarang ni kita nak beli ikut kemampuan kita. Cari yang sesuai dengan kita dan bukannya mengira-ngira untung orang lain yang berniaga. Sebab dalam berniaga nak ambik untung seribu kali ganda pun takda masalah.
Dan mereka tidak salah. Tengok pada demand dan supply dan tengok pada jenis barang. Kawalan atau bukan.
.
Nabi kita berniaga. Sahabat pun berniaga. Orang berniaga ni mulia sebab mereka tak meminta-minta. Mereka usaha. Buat marketing pun kos. Beli barang modal niaga pun kos. Bil letrik segala pun kos. Staff nak bayar gaji pun kos. Nak sara keluarga anak isteri bagi mak ayah pun kos. Kos hospital sakit pening pun kos. Rumah sewa ofis sewa dan lain-lain pun kos.
.
Kita beli dengan dia itulah namanya rezeki. Rezeki dia dan rezeki kita. Allah atur. Usah cerca rezeki Allah atur. Kalau kita was-was nak beli sebaiknya mintaklah petunjuk Allah. Niatkan yang baik-baik semasa membeli. Mungkin kita kadang tak sedar rupanya yang berniaga seorang anak tahfiz yang berjuang untuk yuran sekolah tahfiznya, makannya minumnya. Daripada dia meminta-minta kan lebih baik dia hidupkan sunnah dengan berniaga. Doa orang yang di dalam dadanya Al quran ni mustajab inshaaAllah. Apatah lagi yang berniaga sambil berdakwah. Lagi mulia. Allah sayang dan suka.
.
Kita? Supportlah peniaga muslim kita kerana Allah. 🥰
.
InshaaAllah lurusnya niat kita. Mudahlah rezeki kita Allah nak gandakan lagi.
.
Semoga dapat sesuatu.
.
Jika anda ada masalah rezeki…
.
Learn More tentang FTR klik sini ya. Cuba baca. Sangat Membantu untuk anda yang nak elakkan masalah rezeki makin bertambah besar.
Nora Yusof

Kongsikan manfaat artikel ini di :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Perlukan Bantuan ?