Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Ketika rasa lelah dan penat mengharungi hidup…
.
Rasa lelah dan letih melaksanakan tanggungjawab dan amanah…
.
Terlupa sebentar niatnya untuk Allah. Muhasabahlah…
.
Tandanya?
.
Mula sedih dan marah
Mula merungut dan menyalahkan
Mula komplen dan tidak puas hati
.
Cepat-cepat cakap pada diri sendiri…
.
Aku ikhlas melakukannya kerana Allah semata-mata.
.
Sahaja aku melakukannya kerana redha Allah…
.
Senyum dan syukurilah hidup…Sebut Alhamdulillah dan selawatlah… kerana sebentar lagi mungkin kaki ini akan melangkah ke syurga Allah…tempat yang tersimpan segala nikmat. 😇🥰
.
Sebaik-baik pembalasan dari segala perit jerih, kesusahan, kepayahan, kesedihan dan kepenatan adalah hanya daripada Allah SWT.
.
Bukan suami. Bukan kawan. Bukan anak. Bukan manusia.
.
Sebaik-baik nikmat dan puncak nikmat yang paling kekal adalah dapat masuk syurga firdaus dan melihat Allah.
.
Nak masuk syurga kan? Hanya orang yang hebat dalam sabarnya. Dalam ikhlasnya. Dalam redhanya dan dalam syukurnya sahaja boleh jadi penghuninya.
.
InshaaAllah semoga iman yang naik turun sentiasa dipandu dengan takwa yang tinggi.
.
Jom bertasbih dan istighfar kepada Allah dikala hati terlalu dahaga dan hausnya ketenangan juga kekuatan melalui ujian hidup yang tiada henti.
.
Nora Yusof

Kongsikan manfaat artikel ini di :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Perlukan Bantuan ?