SUNNATULLAH DAN SYARIATULLAH REZEKI

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Rezeki nak datang ni tak tunggu kena usaha semata.
.
Kita tengah terbaring dekat katil sakit pun, rezeki tu Allah boleh golek-golekkan ia sampai pada kita melalui jiran, saudara mara dll. Kan?
.
Sakit ada orang melawat. Bawak biskutlah. Bawak rotilah. Bawak duitlah.. siap ada kiriman jiran-jiran tu. Itu yang tak boleh buat kerja apa pun Allah tetap bagi rezeki dengan caranya. Itu…kalau kita ni jenis baik dengan ramai orang. Makin ramai dan banyak rezeki Allah hadirkan.
.
So sape yang cakap kena keluar bekerja then barulah dapat rezeki tu, pendapat tu betul sebab sesuai dengan sunnatullah. Iaitu Manjadda wajada barang siapa berusaha dia pasti berhasil. Allah janji begitu. Dalam Alquran pun disebut.
.
Kena faham ada satu lagi hukum iaitu syariatullah. Maksud syariatullah ni Allah berkehendak atas kuasa dia. Sukati dia nak bagi rezeki ikut cara apa. Kerja kita
.
Tauhid tinggi.
Yakin
Berserah
Berdoa
Beribadah
Tawakal
.
Miracle happened! Atas kuasa syariatullah Allah.
So sekarang ni ada ibu tunggal kata tak berdaya nak tampung rezeki sara anak-anak. Rasa tak kuat. Sakit dan sebagainya…
.
1. Muhasabah diri balik. Aku hamba Allah. Tuhan dan tuan aku adalah Allah SWT. Wajib aku taat dan patuh pada perintahnya.
2. Faham tujuan kita hidup. Untuk beribadah kepada Allah. Iaitu melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai khalifah Allah. Walaupun sebagai ibu tunggal, tanggungjawab kita nak didik dan besarkan anak kerana Allah. Bukan kerana nak hidup di dunia. Dunia ni sementara.
3. Pasakkan dalam hati dan fikiran. Aku berada di atas dunia ini supaya aku dapat masuk ke syurganya nanti pada bila-bila masa sahaja. Ramai lemah iman sebab dia tak da matlamat jelas hala tuju hidup dia. Sebab tu ada suami. Melawan suami. Sebab fokus kesenangan hidup didunia. Orang yang menfokuskan kesenangan hidup di akhirat dia akan dipandu dan dibimbing oleh Allah dan dipelihara diri dengan sifat sabar serta ikhlas sebab niat hidup dan mati memang nak cari redha Allah bukan nak minta jasa dan pengorbanan dibalas manusia.
.
Selalu sedih. Lemah dan murung sebab suka nak mengharapkan perhatian penghargaan manusia. Sebab tu lah jadi macam tu. Buntu. Serabut. Sebab tak jelas matlamat why aku hidup hah??? 😌
.
Macam mana nak capai redha Allah kalau ujian yang diberi kita tak redha terima? Mengeluh sana sini. Bukak aib sana sini. Marah sana sini.
.
Tu yang keje jadi mengungkit. Asyik tak puas hati sana sini. Syukur tu sikit sangat dengan ujian Allah bagi. Allahu. Ampunkan kami ya Allah… ampunilah. Kami mohon redhamu ya Allah 🥲😪
.
Nora Yusof

Kongsikan manfaat artikel ini di :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Perlukan Bantuan ?