Adakala memang rasa lelah dah letih dengan kehidupan

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Adakala memang rasa lelah dah letih dengan kehidupan.
.
Rasa penat sangat. Sebab semua benda nak kena buat. Semua benda nak kena korban.
.
Letih badan letih otak.
.
Tahukah kalian macam mana nak hilangkan rasa letih tu?
.
Ubah ia menjadi satu nikmat. Apabila kita faham dan sedar hidup di dunia ni adalah untuk memberi manfaat pada orang lain. Untuk berpenat mencari pahala dan redha kerana Allah. Ujian sebesar apa pun kita hanya akan rasa nikmat.
.
Contoh… kita rasa jadi suri rumah ni penatnya lah… semua atas bahu kita. Lagi kita rasa bila kita sebagai isteri kena buat semua benda. Cuba muhasabah sebentar.
.
Kita ada niat tak, kerja buat kita sebagai ibadah kepada Allah setiap hari?
.
Selama kita hidup, berapa lama telah kita hidup dalam kesenangan dan kebahagiaan sebelum ditimpa kesusahan atau ujian? Adakah ujian lebih lama atau nikmat itu yang lebih lama? Dan adakah kita telah mensyukurinya dengan sepenuh hati segala perjalanan hidup kita?
.
Bila kita rasa penat, kena cek balik penat kita tu untuk akhirat kita atau tak?
.
Bila kita rasa penat tu, kena cek balik adakah penat kita itu kerana cinta kita kepada Allah sebagai hambanya?
.
Bila kita letak diri kita di tahap hamba dan merasa kehambaan di jiwa, sebagai orang beriman, kita akan tenang ketika sedang diuji. Masih mampu tersenyum dan syukur saat susah, payah dan perit. Sabar dengan semuanya dan perbanyakkan sujud ikhlas kerana Allah…
.
.
Nikmat dan lazat perasaannya. Semua ni hanya akan dirasai oleh sekeping hati yang benar-benar kenal Allah dan mencintai Allah 🥰
.
Kita mengeluh, kerana kita tidak pernah ada rasa cinta, kasih dan rindu kepada Allah. Sedangkan Allah timpakan ujian kerana terlalu rindukan kita. Mendengar rayuan dan rintihan kita. 🥲.
.
Kita memilih selainnya. Melupakannya bila kita senang dan bahagia. Allahuakbar.
.
Sedangkan dia jadikan kita. Ciptakan kita. Lahirkan kita ke dunia untuk kita mencari. Siapa DIA?
.
.
Trylah…
Jom ubah betulkan hati, bersihkan jiwa.
.
Hari ni jumaat, tambah pahala jariah bekal akhirat tanda cinta dan niat kerana Allah picit sini ya: https://yup.la/WakafKeranaAllah
.
Nora Yusof

Kongsikan manfaat artikel ini di :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Perlukan Bantuan ?