Allah Always with Us

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Malam telah melabuhkan tirainya. Sampai sudah pagi yang gelap gelita ni. Jam dah 1 pagi. Masih belum mampu NY lelapkan mata.
.
Tadi bukak inbox, rata pembaca mengadu masalah dan duka. Sebab tu NY takut nak bukak inbox. Takut tak terlaksana dan tak terbaca. Menyotong nak reply sana sini sampaikan anakanda bermasam muka. 😅. Mama terlalu sibuk anak. Memberi ilmu dan manfaat buat yang bertanya. Banyak masa habis melayani, menyantuni mesej-mesej yang panjang berjela. Tak sedar hari sudah pun jauh meninggalkan masa. Penuh dengan 1001 cerita.
.
Inilah sebab kenapa NY tulis FTR, gigih NY sebarkan FTR, untuk membantu permasalahan dan derita, supaya bila ada yang tanya, ada buku jawapan sudah NY sediakan untuk menjawab segala persoalan. Tidaklah NY nak reply satu-satu. Kerana memang tak mampu 😅. Jadi, kalau belum pernah baca FTR, mohonlah dapatkannya satu untuk diri kalian.
.
Hidup ni begini…nasihat untuk diri NY dan kita semua…asasnya sama…Makin dekat kita kepada Allah, makin kuat ujian dan kesusahan yang diberikannya.
.
Kenapa?
.
Kerana Dia mahu menguji sejauh mana kebenaran iman kita.
.
Allahuakbar. Sahabat syurga sekalian semoga anda yang sedang diuji saat ini, ketika ini terus kuatkan iman. Terus kuatkan tauhid. Teruskan mencintai Allah.
.
Sabar, syukur dan tenang ya.
.
Dari kejauhan NY doakan semoga semuanya dipermudahkan. Kalau rasa buntu sangat. Istiqarahlah. Minta petunjuk Allah apa perlu dibuat. Selain tu, kalau takda orang nak dengar atau tak sempat cerita luahan kita, cari buku yang sesuai dan baca. Manusia ni dia ada limit dia. Masanya terhad 😅 tapi cuba untuk beri terbaik.
.
Baca FTR atau buku-buku islamik lain atau dengar ceramah ustaz di youtube yang sangat banyak, cari yang kena dengan tajuk kita nak. InshaaAllah sangat-sangat membantu kalian. Ilmu penting sangat saat emosi kita tak stabil. Kerana ILMU itu cahaya. Sebab dari pembacaan pun Allah bagi ilham kepada masalah kita. Jangan buat perkara yang bukan-bukan sahaja.
.
Ingat Allah dulu, Allah lagi, Allah selamanya.
.
Jaga solat. Perbaiki solat. Istiqamah jaga solat sebaik-baiknya. Betul solat. Betullah keseluruhan hidup kita. Itu pasti.
.
Allah Always with Us.
.
Nora Yusof.

Kongsikan manfaat artikel ini di :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Perlukan Bantuan ?