Allah memuliakan seseorang kerana ILMU

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Ramai upload pasal makanan viral.
.
Kita lawan dengan upload buku banyak-banyaklah…
.
Allah memuliakan seseorang kerana ILMU.
.
Makanan rohani lebih utama dari makanan fizikal. Untuk menjaga perut dari penyakit dan hidup berasaskan sunnah.
.
Orang yang hatinya dekat kepada Allah akan memfokuskan amal kepada 3 perkara.
.
Iaitu:
1. Kurangkan makan. Makan apabila lapar berhenti sebelum kenyang. Tidak berlebihan dalam makan. Mengamalkan puasa.
2. Kurangkan tido. Membahagikan waktu kepada 3 bahagian iaitu untuk menelaah ilmu, ibadah dan rehat. Seperti imam syafie.
3. Kurangkan bercakap. Bercakap perkara yang penting dan baik sahaja. Jika perkara buruk dan aib lebih baik diam sahaja.
.
Kurangkan ketawa, banyakkan menangis dan takut Allah. Itulah orang-orang yang untung.
.
.
Bila banyak kesedihan dan penyakit perbanyakkan istighfar dan selawat. Bukan menenangkan diri dengan perkara yang melalaikan. Sentiasa baca lahaulawalaquwataiilabillah untuk berlindung daripada gangguan syaitan pagi dan malam.
.
Ayuh azam pakat kita amalkan bersama.
.
Setiap hari NY akan isikan masa dengan khatam atleast satu buku. ALHAMDULILLAH. Terasa lapang jiwa bila ilmu bertambah. Semoga kalian juga begitu.
.
Jom upgrade ILMU. Niat nak dekat kepada Allah. Beruntung orang-orang yang hatinya dekat pada Allah.
.
Nora Yusof
Follow channel NY untuk info dan tips rezeki setiap hari: https://t.me/NoraYusofOfficial

Kongsikan manfaat artikel ini di :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Perlukan Bantuan ?