Allah sentiasa rindu kita

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Buat je bisness tu.
.
Jangan malu iklan atau pomot.
.
Teruskan je. Yakin Allah bagi rezeki.
.
Kita cari rezeki halal. Bukan merompak mencuri ke menipu.
.
Semoga dipermudahkan urusan usahawan semua.
.
Pasakkan keyakinan dan tauhid kepada Allah pemberi rezeki tu.
.
Buat dan terus buat. Jangan putus asa ya.
.
Abaikan kata-kata atau sindiran atau hinaan orang.
.
Kita jelas niat dan manfaat yang kita nak bagi pada orang.
.
Sambil banyakkan doa dan selawat minta dan mohon pada Allah jangan putus ya muslimin muslimat semua.
.
Kita ada Allah. Bergantung pada Allah. Jangan selainnya.
.
Nak rezeki berkat kan. Nak redha Allah kan.
.
Selamat berjuang meningkatkan ekonomi masing-masing.
.
Ada ujian
Takda rezeki.
.
Sabar dan solat lah.
.
Allah sentiasa rindu kita, nak dengar keluhan kita, luahan kita. Kalau perlu menangis.. Menangislah. Buat kerana Allah dan agama. Kerana nak masuk syurga. Nak bagi manfaat pada diri, nafkah keluarga dan ekonomi ummah.
.
Semoga terus kuat sahabat. 😇😊
.
Sedikit pesan NY
“Tundukkan pandangan kita melihat orang lain yang lebih berjaya dari kita. Tapi lihatlah orang lain yang lebih susah dari kita. Agar kita sentiasa bersyukur.”
.
Nora Yusof.

Kongsikan manfaat artikel ini di :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Perlukan Bantuan ?