#BangsaMembacaBangsaBerjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Dalam Malaysia ni ada lebih 10 ribu buah sekolah.
.
FTR target nak hantar sumbangan wakaf buku FTR ke seluruh sekolah-sekolah yang ada ni. Doakan ya.
.
Bayangkan anak-anak kita dapat ilmu yang bermanfaat seperti FTR ni, apa akan berlaku kepada diri, pemikiran, adab dan akhlak mereka jika ilmu tersebut berkesan? #BangsaMembacaBangsaBerjaya.
.
Ini satu usaha yang sangat patut kita support dan galakkan.
.
Sebelum ni pihak FTR telah menyumbang lebih 15 ribu buah buku percuma kepada rakyat Malaysia. Alhamdulillah dapat membantu ramai yang ada masalah kemiskinan ilmu. Tak faham, tak sedar dan tak tahu hala tuju hidup dan tak kenal Allah. Ramai yang bagi feedback selepas membaca buku ini.
.
Oleh sebab sambutan yang bagus ni, pihak FTR membangunkan projek wakaf dengan tujuan untuk sama-sama meraih pahala ke syurga. Pahala wakaf ilmu kerana Allah. Kerana kami melihat program wakaf ini dapat membantu berkongsi pahala sedekah jariah yang mengalir tanpa henti untuk pewakaf. Sangat bagus bagi mereka yang rasa amalan kurang, bekalan akhirat kurang dan nak jana pahala pasif untuk tabung kekal abadi di sana.
.
Hidup yang bermakna adalah apabila kita melakukan sesuatu amalan yang dapat menjamin keselamatan hidup kita dunia dan akhirat di samping membantu kerja agama dan dakwah di atas muka bumi Allah ini.
.
Ramai orang, nak menulis buku tak mampu. Nak berdakwah lagilah jauh. Macam mana nak bantu agama, bangsa dan negara secara bersama dan dalam masa sama nak kumpul jariah? Maka pembangunan projek wakaf dengan misi #BersamaKEsyurga ini amat-amat serasi dengan nilai yang kami nak lahirkan iaitu sama-sama berkongsi pahala yang sama tanpa perlu anda penat lelah nak menulis, berdakwah dan sebagainya untuk mendapatkan nilai pahala dan kebaikan yang sama. Hanya dengan sokongan dan sumbangan ke atas usaha wakaf ilmu FTR ini dapat membantu membangun generasi ummah yang celik ilmu cemerlang dunia akhirat.
.
Sesuai dengan hadis riwayat muslim ini.
.
“Barangsiapa yang menyebarkan kebaikan, pahalanya sama seperti orang yang melakukan kebaikan” (HR. Muslim)
.
Jadi ayuh, NY dan FTR nak berkongsi pahala sedekahtunjariah melalui wakaf ilmu ni dengan sekalian rakyat Malaysia untuk kemaslahatan anak bangsa kita di masa depan dan juga kebaikan akhirat kita asbab sedekah ini semoga dapat membantu menghantar kita kesyurga Allah.
.
Sempena hari jumaat yang mulia ni. Jom berwakaf dan sedekah ilmu ini kepada seluruh pelajar-pelajar dan generasi muda kita.
.
Tekan link ni ya.
.
P/S: Ada peraduan menangi sponsor umrah percuma untuk mereka yang berwakaf RM100 ke atas. 😇
.
Jom sertai kami. Mana tahu rezeki Allah nak bagi.

Kongsikan manfaat artikel ini di :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Perlukan Bantuan ?