Beli emas sebab apa sebenarnya?

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Beli emas sebab apa sebenarnya?
.
NY beli emas sebab nak jadikan alat pertukaran di akhir zaman yang mana banyak orang cakap nabi pesan simpan emas kerana sampai saat nanti duit kertas dah tak bernilai. Waktu tu nak beli barang ke apa semua pakai dinar dirham yang dibuatkan dari emas dan perak.
.
Ini sebab utama bagi orang yang faham agama dan akhirat tujuan serta matlamat hidup.
.
Kalian pula buat emas pasal apa?
Pasal nak kaut untung?
.
Sebenarnya dalam bab emas ni takda istilah untung langsung sebab emas tetap sama. Yang berubah tu nilai duit kertas sahaja.
.
20 tahun lepas. Emas yang sama 1g. Simpan sampai 20 tahun emas yang sama 1g. Tak bertambah pun. Tapi bila jual. Kenapa dapat duit banyak? Sebab yang berubah tu bukan emas. Tapi nilai duit yang semakin susut nilai. Dulu rm50 boleh beli macam-macam. Sekarang 300 tu pun tak penuh lagi trolli market. πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…. Lemahnya sistem wang kertas. Takda beza dulu sekarang. Tetap tak kaya juga. Sebab barang makin mahal πŸ˜‚
.
Kalau nak untung, simpanlah emas dulu 1 dinar. Lepas tu sampailah 100 dinar. Suatu saat tu nanti duit dah tak berguna maka waktu tu berat emas kita berguna. Tak kiralah emas 999 ke 916 ke. Emas bukan boleh dimakan. Boleh jadi alat macam duit. Sebab nilai logam dia. Kalau berhiasan cantik pun nak tunjuk apa dan kat sape? Takda faedah langsung. Hanya peroleh rasa riak dalam diri sahaja bagi yang pakai sampai siku. πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…
.
So buat yang duk berbalah pasal emas ni majoritinya sebab nak untung banyak dan kaya cepat sahaja. Nak kaya berjaya ni semua ada proses. Modal besar risiko pun besar. Takdanya melabur rm10 esok jadi jutawan kecuali ampa main judi atau loteri. Kalau ada, ramai dah jutawan express. Insaflah. Kesian Melayu bercakaran dan tambah dosa.
.
Nampak disatu pihak nak menyelamatkan orang ramai dari scammer. Memang scammer berleluasa sekarang. Bagus niat murni. Teruskan beri kesedaran.
.
Alhamdulillah patut berterima kasih ada orang-orang yang cuba membantu memberi kesedaran. Silap? Itulah lumrah manusia. Mana ada yang tak buat silap.
.
Dan jika pula kalau kita dipihak yang benar, jangan takut. Allah uji nak naikkan lagi darjat atau memperbaiki kelemahan diri jadi lebih baik.Takda istilah damage done kalau kita berada dipihak benar. Sebab itulah pengorbanan untuk orang-orang yang benar. Selepas ujian Allah ganti dengan hikmah.
.
Keluarnya orang-orang yang sedikit yang ragu serta kurang ilmu. Allah gantikan dengan orang-orang yang bertambah dengan lebih cepat dan banyak. Bagi sape yang yakin rezeki tu dari Allah sahaja lah. Buat yang tak yakin dia akan salahkan orang sana sini πŸ˜….
.
Jadi bagi orang yang yakin kepada Allah diatas setiap ujian, pasti melihat hikmah.
.
Benar atau tak model bisness ke apa semua. Malas NY nak pening dan ambik tahu selain tanya No 1. Tanya diri, kenapa nak simpan emas?
.
Model bisnes sekarang memang merepek-repek. Naik pening berbelit-belit. Tak explain dengan betul. Buat bisness simplenya adalah jual dan beli. Bila jual dan beli mesti ada barang. Setiap jualan dan belian mesti beli dan dapat barang. Ada duit. Ada barang. Servis. Kena tahu servis apa. Kenapalah create bisness yang bukan-bukan.
.
Bayangkan satu hari nanti… contoh, perang ke apa, meteor turun dari langit ke. Gunung berapi meletus ke, Zaman berubah kembali ke pedang dan kuda ke, means teknologi dah takda. Sistem collapse. Sebab pakai elektrik. Mudah hancur. Barang kita beli hilang data semua. Internet takda sekejap pun dah mengelupur takleh tengok sistem. πŸ˜… Mana nak cari? So prefer jangan bergantung sangat pada duit kita, emas kita letak dalam sistem. Pilih pembelian dan jualan yang bayar beli terus dapat barang. So setel kat situ. Takda hutang kerisauan dll. Nak jual gadai anytime.
.
Kalau rasa nak kaya dengan simpan emas. Simpan banyak-banyak dari jumlah berat. Kalau ukur dari nilai duit. Susah nak kaya sebenarnya terlibat dengan emas ni. Kalau ada pun bukan dalam masa yang singkat. Itu confirm. Ramai yang terciduk tersontot dari ramai yang kaya. πŸ˜…. Beli dekat kedai emas pun boleh tersontot. Padahal semalam beli harga lain. Nak jual hari ni dah turun percent dari beli semalam. Aduhai. Rupanya kena tunggu harga naik or simpan dalam tempoh lama. Sabar jelaah…
.
Dalam dunia ni kalau nak jadi kaya apa sekalipun yang terpaling

terbaik

adalah menyimpan walaupun ia juga ada risiko hilang. πŸ˜…

.
Simpan emas
Simpan duit
Simpan
Simpan
Dan
Terus simpan dengan tujuan hidup yang jelas.
.
Orang mati meninggalkan sedekah jariah. Kita mati mengumpulkan harta. Nak dibawa kemana semua harta-harta tu.
.
Menabung sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
.
Elakkan terlibat dengan benda yang kita tak faham dan kalau ada unsur riba jauhkan.
.
InshaaAllah selamat semuanya.
.
NY suka ingatkan orang yang suka diingatkan. Ingatan untuk diri sendiri juga. Kematian tu dekat. Kiamat tu dekat. Simpan emas untuk hari akhirat dan untuk anak cucu. Mana tahu berguna nanti masa dajjal muncul. πŸ˜…
.
.
Baik dapatkan buku emas (sebab kaler dia kuning macam emas) hehe. Ada juga faedahnya. Takyah risau risiko rugi ke apa. Confirm untung.
.
Ilmu itu Emas. Ilmu akan jaga kita. Tapi harta, kita yang kena jaga. Pelaburan berbaloi-baloi dunia akhirat.
.
Nora Yusof.
.
Gambar bawah ni buku Jongkong Emas. Mahal buku ni. Sebab warna dia kuning macam emas kan. Hehehe.

Kongsikan manfaat artikel ini di :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Perlukan Bantuan ?