Besar ujian para isteri zaman ni

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Besar ujian para isteri zaman ni.
———
Tapi tidaklah seberat srikandi zaman firaun dan Rasul.
.
Berat dan besar mana ujian sebagai isteri dan ibu, ingat satu perkara ni disaat sabar kita semakin menipis.
.
“Sesungguhnya Allahlah sebaik-baik pemberi balasan di atas segala kesusahan, kesabaran, kejujuran, kesetiaan, pengorbanan, kesakitan, dan kesedihan kita yang telah, sedang dan yang akan kita lalui iaitu dengan balasan SYURGANYA yang tertinggi”
.
Sebaik-baik pembalasan adalah daripada Allah. Sekecil-kecil zarah kebaikan akan diberi balasan. Jadi niatkan segalanya kerana Allah.
Tidak akan ada manusia yang mampu membayar segala pengorbanan, manfaat, kepedihan dan keperitan kita sebagai ibu dan isteri di dunia fana ni.
.
Lakukan segala penghambaan kita kerana takwa kita kepada Allah dengan jalan sabar dan solat.
.
Perintah sabar, syukur dan solat itu perintah Allah. Bukan perintah manusia. Maka jika ada yang berpesan pada kalian dengan jalan kesabaran, ia juga kerana perintah Allah. Al Asr.
Bukan kerana tidak memahami kesukaran dan keseksaan kalian. Berpesan-pesan pada kesabaran dan kebenaran itu perintah Allah ya rahman Ya rahiim…
.
Sabarlah. Selagi sabar bersama kalian, malaikat turut ada bersama. Jika kesabaran telah hilang, maka syaitan menemani orang-orang yang telah hilang sabarnya.
.
Nora Yusof

Kongsikan manfaat artikel ini di :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Perlukan Bantuan ?