Dah baca quran?

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Dah baca quran?
.
Kenapa baca quran?
.
Kenapa baca surah Alwaqiah?
.
Sebab nak rezeki melimpah?
.
Tak cukup lagi ke rezeki
.
Nyawa
Masa
Umur
Sihat
Anggota
.
Yang Allah pinjamkan?
.
Kenapa peningkan rezeki duit dan harta lagi besar dari nak mensyukuri rezeki-rezeki yang disebut ni?
.
Ya sahabat… kita baca quran bukan sebab nak rezeki duit kita lagi banyak atau harta kita bertambah. Tapi nak mensyukuri rezeki-rezeki yang tak ternilai yang telah Allah kurniakan buat kita.
.
Kita kata nak kaya, nak sedekah, nak zakat lebih banyak. Tapi waktu kita susah, 10 sen pun susah kita nak sedekah. Jadi adakah Allah nak bagi kita kaya?
.
Kita kata kita nak kaya, tapi waktu miskin pun kita sudah boros berbelanja. Tidak tahu urus kewangan kita, macam mana Allah nak bagi kita urus sejuta?
.
Dan…untuk apa kita diberi nyawa, masa, umur, sihat dan anggota yang sempurna?
.
Hidup bukan lagi untuk kejar populariti. Bukan lagi untuk kejar kehebatan diri, Bukan juga untuk penuhi nafsu dan hiburan diri.
.
Kurangkan ketawa, banyakkan menangis.
Sederhana, tenang dan bebas hutang.
.
.
Teringat pesan ustaz buat NY dua tahun yang lalu,
“Nora… walaupun sales buku kamu baru capai rm1 juta. Tapi nilai disisi Allah bersamaan 10 juta. Sebab kamu buat dakwah.
.
Walaupun bisness orang lain bernilai 10 juta didunia, tapi mungkin di sisi Allah nilainya hanya sejuta.
.
Jadi tak perlu compare bisness kamu dengan bisness orang lain. Kerana disisi Allah perjuangan kamu adalah perjuangan jariah. Perjuangan ILMU. Perjuangan agama. Bantu orang backtoAllah, bantu orang masuk Islam. Bantu orang berubah kerana Allah.
.
Susah atau payah. Teruskan sampai habis.
Hanya yang terpilih sahaja yang akan bersama kamu. Dan mereka itu adalah sedikit. Ghuroba…

Kongsikan manfaat artikel ini di :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Perlukan Bantuan ?