INSAN TERBAIK

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Lelaki paling baik dengan keluarga anak dan isteri adalah INSAN

TERBAIK

.

Dunia hari ni terbalik. Ramai lelaki menjadi paling jahat dengan keluarga. Tapi dengan orang luar/kawan/dll adalah paling baik.
Hadis ni menjelaskan kepada kita bahawa utamakan keluarga dulu sebelum orang lain dari segi amanah dan tanggungjawab. Bukannya biarkan isteri uruskan anak dan rumahtangga seorang diri. Apatah lagi jika sama-sama bekerja cari rezeki untuk keluarga. Didik anak isteri dengan lemah lembut dan tegas pada tempatnya, bukan dengan keganasan atau kekasaran. Sama ada perbuatan atau percakapan. Dera emosi dan fizikal adalah kesakitan yang boleh mengundang bala. Wanita makhluk emosi.
.
Rasulullah bersabda:
خَيْرُكُمْ لأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لأَهْلِي
“Insan

terbaik

daripada kamu adalah orang yang paling baik bagi keluarganya. Dan aku orang yang paling baik bagi keluargaku” [HR. At Tirmidzi no: 3895)

Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya orang yang paling baik antara kamu semua adalah orang yang paling baik terhadap isterinya dan aku adalah orang yang

terbaik

antara kamu semua (dalam membuat kebaikan) terhadap isteriku.” – Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunan al-Titmidzi, kitab al-Manaqib, hadis no: 3830.

.
P/S: Lelaki wanita perlu didakwah secara berterusan supaya sedar dan berubah ikut acuan agama. Untuk keharmonian kehidupan ummat sejagat. Ianya bermula dari dalam rumah.
.
Nora Yusof

Kongsikan manfaat artikel ini di :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Perlukan Bantuan ?