Jadikan hari kita penuh nikmat dan banyak pahala

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Kalau takda benda nak buat.
.
Free tengoklah youtube cari video ustaz-ustaz tambah ilmu agama. Free je. Mudah sangat nak belajar sekarang ni. Duk rumah boleh buat macam-macam benda berfaedah.
.
Lepas tu kalau nampak maksiat ke, dosa mata dekat fb ni cepat-cepat scroll dan paling baik blok terus. Contoh artis-artis luar negara atau artis Malaysia yang ntah apa-apa. Peliharalah diri dari dosa mata dan dosa hati, dosa fitnah dan dosa mengumpat…
Kalau mampu dakwahlah…
.
Kadang nak dakwah orang ni kita kena cari orang yang sesat, orang yang negatif. Orang yang bermasalah. Orang yang jauh dari Allah. Tapi kalau dah masuk circle bahaya tu, kita pula risau kita yang ikut terjebak sekali. Berjam lamanya terpesona. Nauzubillahiminzalik. Sebab tu niat dakwah ni lebih kepada niat dakwah diri sendiri dulu.
.
Lepas tu di media sosial niatlah nak sebarkan dakwah. Sebut Allah dan nabi banyak-banyak pada followers. Biar kita dan mereka dapat hidayat dan pahala.
.
.
Nikmat solat, nikmat sedekah, nikmat menuntut ilmu, nikmat syukur, nikmat tutup aurat, nikmat dakwah sebenarnya adalah sebesar-besar nikmat.
.
Akhirat dengan kita ni jarak dia setengah /1 hari je. Kalau panjang umur Alhamdulillah. Kalau pendek umur innalillah…
.
Jadi mari pakat-pakat buat apa yang Allah suka.
.
Mungkin ramai yang dah lama hilang nikmat solat dengan khusyuk. Nikmat baca quran dengan tenang. Nikmat menuntut ilmu yang luas. Sebab sibuk kejar nikmat duniawi. Allahuakbar.
.
Peringatan untuk diri NY sendiri juga.
.
Jadikan hari kita penuh nikmat dan banyak pahala.
.
Nora Yusof

Kongsikan manfaat artikel ini di :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Perlukan Bantuan ?