Keajaiban akan muncul apabila kita dipuncak tawakal

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Keajaiban akan muncul apabila kita dipuncak tawakal.
.
Risau bimbang takut nak buat benda baik. Takut habis. Takut tak cukup. Takut tak dapat rezeki.
.
Bila kita dalam keadaan situasi ni. Allah benar-benar sedang uji kebergantungan dan tauhid kita. Sejauh mana kita bertawakal dan yakin rezeki itu daripada Allah.
.
Ada hutang yang ditangguhkan kerana dahulukan perkara komitmen lain.
.
Hutang adalah sesuatu yang berat amanahnya disisi Allah.
.
Sebenarnya yang selalu buat kita rasa tak cukup adalah hutang tu. Kita menangguhnya dengan harapan bila duit banyak barulah kita nak bayar atau bayar sikit-sikit. Ni mentaliti ramai orang.
.
Kita selalu menangguh hutang sedangkan kematian itu tidak tertangguh walau sesaat pun. Rezeki tidak tertangguh walau sesaat pun. Ramai yang tak yakin jika langsai hutang, Allah tambah rezeki.
.
Punca rezeki kita sangkut adalah sebab diri kita sendiri yang menyekatnya. Nak rezeki laju. Nak rezeki banyak. Nak rezeki berkat. Setelkan hutang terus.
.
Jika selesaikan hutang dan bertawakallah kepada Allah. Pasti keajaiban akan muncul. Rezeki ntah daripada mana-mana akan bertambah.
.
Letakkan penyerahan penuh kepada Allah yang memberi rezeki. Jangan percaya tapi buat je. Buat tanpa ragu. Tanpa tapi. Dan tanpa nanti.
.
Ramai yang buntu dan ditimpa masalah rezeki. Nak tambah rezeki tapi tak tahu cara. Tak tahu kat mana stuck.
.
Rahsia 8 punca hilang rezeki. Anda boleh baca disini ya

Kongsikan manfaat artikel ini di :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Perlukan Bantuan ?