Kebaikan Dalam Diam

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Berniaga bukan untuk kaya tapi untuk tarbiyah jadi hamba yang bertakwa kepada Allah. Duit yang ada. Allah bagi pinjam sebagai amanah dan tanggungjawab pada diri agama dan masyarakat. Harta kita bukan apa yang kita miliki tapi apa yang kita beri. So semakin banyak yang kita beri semakin kayalah kita.
Apa yang kita beri tak perlu declare. Senyap-senyap.
.
Total jualan sales juga senyap-senyap sudah. Tunjuk apa yang perlu. Untuk apa diiktiraf sebagai orang terkaya? Berlumba siapa paling kaya? Jawapannya tak perlu. Sebab tak penting pun 😅.
.
Dalam berniaga, kejujuran adalah paling penting. Kejujuran tak perlu dengan angka. Cukup dengan akhlak.
.
Tundukkan pandangan kita melihat orang lain yang lebih berjaya dari kita. Tapi lihatlah orang lain yang lebih susah dari kita. Agar kita sentiasa bersyukur.
.
Barangsiapa bersyukur, Allah tambah lagi nikmat. Ini kunci syukur. Kenapa kena ikut buat apa agama suruh.
.
Tengok orang berjaya kita termotivasi nak buat lebih baik? Ya ada juga. Tapi banyak menyebabkan antara kita menjadi kurang bersyukur.
.
Nak didik hati yang syukur tunduk ke bawah bukan tengok ke atas. Nak support like iklan rakan niaga kawan pun krik-krik. Suka tengok orang berjaya konon 😅
.
Dulu berimpian nak jadi seorang ‘Ebit Lew’ tapi rasanya tak mampu nak jadi Ebit lew. Sebab menjadi seorang Ebit Lew ujiannya sungguhlah besar. Sebab tu Ebit 1 dalam 30 juta. Tak sanggup nak hadaplah NY. Ujian hati, ujian kekayaan, ujian untuk orang yang bersedekah secara terang-terangan ni lebih besar dari ujian untuk orang yang bersedekah secara sembunyian. 😅
.
Tak rajin nak rekod video content bagai. 😅
.
So, NY pilih untuk menjadi yang tersenyap dibumi. Kita jadi orang yang terkenal di langit kerana mengharapkan redha Allah semata-mata dengan amalan sembunyi antara kita dan Allah sahaja yang mengetahui.
Lebih tenang dan bahagia rasanya pilihan tu. 🥰
.
Lagipun dia lelaki. Kita perempuan. Agak sukar juga disitu. Banyak fitnahnya pada perempuan ni. 😅
.
Semoga lelaki lelaki yang ada boleh follow kepimpinan yang baik. Kita kekurangan khalifah buat masa ni.
.
.
Tak kiralah yang sembunyi atau terangan jangan sekadar

hebat

disisi manusia tapi disi Allah we are nothing. Itu yang bahaya.

.
Syaitan dan iblis sangat licik.
.
Bantu ramai orang back to Allah. Besar pahala kalian. Support like pun dapat pahala dah. Tak berkurang rezeki kita support bisness rakan kita.
.
Jangan risau. Rezeki tu Allah yang beri. Kita nak rezeki yang berkat.
.
Nora Yusof.

Kongsikan manfaat artikel ini di :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Perlukan Bantuan ?