Lain guru lain pemahamannya

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Lain guru lain pemahamannya.
.
Lain guru lain pengalamannya.
.
Belajar ajelah dengan ramai guru walaupun mereka mengajar topik yang sama.
.
Baca ajelah banyak buku rezeki walaupun mereka menulis benda yang sama. Kecuali kopi pes. Itu tak lah.
.
Menulis benda yang sama tapi tak semestinya penyampaian tu sama. Ada orang. Baca buku a, buku b, buku c, dia tak paham-paham lagi. Tapi bila baca buku D baru dia paham. Sama juga berguru. Berguru dengan ustazah ustaz dekat sekolah, bukan main liat nak faham. Berbuih ustaz ustazah suruh syukur solat sedekah. Tahu… Tapi tak faham. Bila pergi seminar tu, seminar ni, baca buku tu, baru tahu dan faham. 😢
.
Jadi belajar aje dengan sesiapa saja. Sebab… Ilmu Allah itu Luas. Setiap orang berbeza. Lagipula, makin banyak yang kita belajar dan ulang belajar, kefahaman kita bertambah.
.
Jangan pernah menyesal belajar benda sama dari orang yang berbeza. Tak da isitilah sia sia atau membazir dalam menuntut ilmu. Sebab kita takkan pernah tahu guru mana, cara apa yang akan buat kita betul-betul faham akan sesuatu ilmu.
.
Rendahkan ego untuk belajar.
.
Orang dulu pergi belajar. Berbatu jauhnya redah lautan danau onak duri nak p cari guru untuk belajar. Korang siap dengan kereta lori bas kapal terbang pun masih duk tanya guru bila nak datang tempat saya?
.
Berbezanya keberkatan tu dalam menjaga adab menuntut ilmu. Mana ada guru pergi cari murid. Murid lah kena pergi cari guru. Sebab… Orang yang menuntut ilmu jihad pahala dia besar. Setiap langkah perjalanannya menuntut ilmu tu diiringi para malaikat tau tak. Ini tidak. Suruh guru yang susah payah pikir pasal dia tempat lah penginapanlah. Macam-macam. 🙄
.
Dekat mana pahala jihad tu nak ada? Belum masuk bab berkira2 sekupang dua tu. 😏
.
Nora Yusof.

Kongsikan manfaat artikel ini di :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Perlukan Bantuan ?