Orang yang hati bersih dia tak….

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Orang yang hati bersih dia tak
.
Dendam
Iri
Dengki
Sangka buruk
.
Dan sentiasa memaafkan orang.
.
Semalam dah berlalu. Ia menjadi kisah lalu. Maka maafkan kesilapan orang dan mulakan memperbaiki diri jadi lebih baik. Lebih bersih hati. Lebih berkat hidup.
.
Kadang yang sekat rezeki kita bukan orang lain, melainkan diri kita sendiri yang ada penyakit hati dan dendam tu. Rasa tak puas hati. Rasa tak suka dan rasa yang tak baik pada orang lain.
.
Nak jadi ahli syurga semua rasa tu memang takda dalam hati. Sebab ahli syurga ni hati dia bersih, ikhlas, redha dan tenang.
.
Macam mana nak jadi ahli syurga kalau miskin jiwa?
.
Jom kaya jiwa.
.
NY doakan yang sakit hati, terluka, terpendam. Semoga sembuh ya. Ubatnya. Maafkan orang yang buatkan kalian sakit hati dan mula maafkan diri sendiri serta azam untuk ubah jadi lebih baik sekarang juga.
.
Takda orang tak buat salah atau silap. Kita sendiri pun banyak buat salah silap kat orang yang kita kadang tak sedar pun.
.
Nanti rezeki kebahagiaan, kejayaan, kekayaan datang melimpah ruah dan bertubi-tubi. Senyum selalu ya.
.
Nora Yusof

Kongsikan manfaat artikel ini di :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Perlukan Bantuan ?