penyakit cinta dunia dan takut mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Kenapa posting skema, serius, agama, perjuangan, akhirat, pendidikan, wakaf, kematian atau bervisi kurang mendapat sambutan netizen Malaysia?
.
Posting berkaitan makeup, bilal kepris, lopa, artis, hiburan konsert nyanyian, kezaliman, gelak ketawa, inspirasi, duit, kekayaan, santai, melancong, kemewahan, makanan, kecam-mengecam perli, nakkan perhatian, nak dipuji dan lain-lain perkara seronok tentang hidupan duniawi ni selain atas tu ada yang sampai viral?
.
Sebab… itulah bukti mentaliti dan kedudukan aras penanda fokus dunia atau akhirat dalam pemikiran manusia terhadap hala tuju hidup yang sementara ni.
.
Belum lagi yang nak dikira ada masalah hati dengki khianat tak suka tengok kejayaan orang lain dan sebagainya. Jangankan nak support usaha dengan beli barang niaga orang. Like pun tak mahu. ๐Ÿ˜…. Apatah lagi usaha dakwah yang bagus. Memang pandang sepi sama ada dia tak faham atau malas nak faham. Tak seronok dll. Yang mana lalu dekat wall dia lah. Yang tak nampak tu lain.
.
Yang jadi leader, pejuang, pemikir, berwawasan ni golongan yang sedikit. Ghuroba. Sangat sedikit.
.
Kalau bercerita hal rumahtangga, ceramah dan sebagainya, teknik serius atau skema memang tak ramai yang follow atau nak dengar. Kalau kelakar, fun atau gelak-gelak atau emosi banyak. Mesti ramai yang akan follow.
.
Tanda dia apa agaknya? Tanda dia manusia taknak kompleks. Taknak rumit. Taknak pening. Nak mudah. Nak senang. Nak seronok. Nak happy-happy. Nak ketawa. Nak yang best-best. Kalau yang emosi, kena sampai tahap emosi betul, sedih betul, kasihan betul. Susah betul. ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…
.
Dia macam gitu… Cuba tanya diri kita kenapa kita suka follow seseorang selain sebab ilmunya? Cara tulisannya, cara lawaknya, cara dia responnya. Betul kan.
.
Memang berlainan sungguh minat setiap manusia. Yang suka baca, yang layan video berjam-jam. Yang bak tengok gambar je taknak baca. Yang nak ambil tahu hal orang saje, macam-macam… ๐Ÿ˜…
.
Tapi manusia yang mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah untuk faham dengan mata hati, mata kepala tentang tujuan hidup itu paling untung sekali. Very special. Sebab terpilih. Menggunakan masa untuk manfaatkan diri dan orang lain. Tidak terjebak dengan perkara dosa dan melalaikan.
Rasul kata di akhir zaman ummat akan ditimpa satu penyakit. Sahabat tanya, apa penyakit itu ya Rasulullah.
.
Rasulullah menjawab: penyakit WAHAN. iaitu satu penyakit cinta dunia dan takut mati.
.
Berilah kami semua petunjuk Ya Allah…
.
Jom hari ni jumaat, biar kita ada pemyakit cinta akhirat dari cinta dunia. Salah satunya, suka bersedekah. Rebut pahala jumaat jom sini sapa belum wakaf lagi. Jangan jadi ummat yang ada penyakit wahan. Anak-anak muda generasi kita sangat perlukan wakaf ilmu ni.
.
.
Nora Yusof.

Kongsikan manfaat artikel ini di :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Perlukan Bantuan ?