Secantik-cantik wanita adalah wanita solehah

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Dah lama NY nak tulis ni.
.
Sape yang rasa wajah dia cantik… Kulit dia licin. Pakailah purdah. Tutuplah dari pandangan orang terutamanya lelaki lain. Jangan diperlihatkan kecantikan kalian selain daripada suami atau bakal suami.
.
Kalau rasa wajah tak lawa, rasa kurang confident. Pakailah purdah. Tutuplah aib kalian dari dilihat dan dihina orang. Kerana purdah dipakai untuk tujuan keduanya juga.
.
Jangan susah hati wajah tak cantik. Bersih dan suci dah cukup disisi Allah. Allah tak lihat wajah. Sentiasa berwuduk dan bersihkan hati. Nak cantikkan wajah bak rembulan. Jaga wuduk, jaga solat. InshaaAllah diakhirat kelak terpaling cantik. 🥰
.
Nak cantik juga. Boleh. Buat untuk suami sahaja. Lepas tu tutup. Biar suami kita tengok kita dirumah.
.
Seindah-indah perhiasan. Secantik-cantik wanita adalah wanita solehah. Azam nak jadi wanita solehah kerana Allah ya.
.
.
Bagi yang merasa dirinya, wajahnya terlalulah cantik. Sehingga bercantik bukan lagi untuk suami. Dikhuatiri hanya untuk sumaah, ujub, riak dan takabur. Maka tutuplah kecantikan kalian.
.
Percayalah. Makin cantik seseorang perempuan itu, makin kuatlah ujian baginya. Maka hendaklah lelaki menundukkan pandangannya. Macam mana lelaki nak tunduk pandangan dan nafsu mereka kalau kita yang terang-terang menonjol. Nak dipuji. Nak dilihat. Nak angkat-angkat.
.
Wanita.
Fahamilah tujuan kalian bercantik, bermakeup. Bertabarruj.
.
Ramai yang memilih untuk menjemput kemurkaan Allah. Dari satu titik permulaan. Menjadi kepada sebesar-besar dosa. Berpunca dari seorang perempuan juga.
.
Bila pergi kenduri ke mana ke. Tak berkedip orang tengok kita. Dan kita dalam hati sukanya orang tengok kita. Baik laki, baik perempuan. Ini jenis sukakan perhatian. Suka dipuji. Ia juga boleh mengundang dosa.
.
Pakailah purdah tutup kecantikan kalian untuk suami tercinta. InshaaAllah dengan izin Allah suami tak tengok orang lain. Kurang berlaku masalah orang ketiga, zina maksiat dll. Dan tak perlu nak tengok orang lain sampai bernafsu yang buat tambah dosa-dosa mereka.
.
Dapat kurangkan lebih baik dari tak berusaha langsung.
.
.
Ayuh wanita solehah kita mula ubah hari ni. Ayuh.
Begitulah…
.
Nora Yusof.

Kongsikan manfaat artikel ini di :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Perlukan Bantuan ?