Stay strong barisan pejuang sekalian

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Kita perlukan orang yang berani, amanah, bertanggungjawab, jujur, berilmu, dan takut Allah.
Inilah kita panggil takwa.
.
Hari ni ramai manusia jadi pembohong, perasuah, makan riba dan akhlak buruk.
.
Mana-mana negara dalam dunia pun mesti ada budaya akhlak, adab, kemanusiaan, bersatu seperti ini.
.
Dia tak jadi sendiri. Kita kena bina dari bawah.
.
Menjadi manusia yang boleh mendengar, menerima idea, merendah hati dan sentiasa tawadduk. Membawa sikap seorang hamba.
.
Masalah manusia hari ni ramai yang punya penyakit hati, dendam, iri, khianat dan ego. Ini sifat iblis.
.
Maka benarlah nak baiki manusia. Baikilah akhlak dan adabnya. Inilah punca kenapa Rasul diutus. Untuk memperbaiki akhlak.
.
Stay strong barisan pejuang sekalian. Jangan dilayan orang-orang bodoh. Orang jahil. Pemfitnah. Tak perlu semua perkara kena explain pada orang bodoh. Sebab mereka takkan faham landasan ilmu. Yang kita nak kena buat adalah fokus kepada isu dan bergabung dengan bijak pandai yang humble.
.
Biarkan saja kaki fitnah. Kaki jilat. Kaki domba. Sebab mereka didunia lagi sudah muflis…
.
Banyakkan berdoa dan bermunajat memohon pertolongan Allah yang maha besar.
.
Doakan NY juga untuk membantu memandaikan ummah dalam usaha kecil menyebarkan manfaat buku FTR kepada generasi muda kita untuk bantu pembaikan akhlak.
.
Pengedaran wakaf buku FTR ke sekolah sedang dilaksanakan. InshaaAllah 1000++ murid akan dapat percuma buku 15 RAR.
.
Jika ada lagi pihak yang nak support usaha projek wakaf buku FTR kepada pelajar sekolah. Anda boleh menyumbang di link komen pertama post ni ya.
.
Kita sama-sama bina generasi cemerlang akhlak dunia akhirat dengan kembalikan tauhid dan kebergantungan hidup kepada Allah menjadi insan bertakwa dan berani. Ayuh!
.
FTR Exclusive

Kongsikan manfaat artikel ini di :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Perlukan Bantuan ?