Wakaf adalah pahala jariah yang mengalir tanpa henti

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Keadaan seperti NY sedang membayangkan dan ternampak-nampak arwah ayah sedang duduk diatas kubur mencari-cari pahala apa nak dikutip lagi. Ternanti-nanti dari anak-anak. Allahuakbar. Rindu ayah…
.
Beberapa hari lepas, NY didatangi oleh seorang agen wakaf buku sejarah islam…
.
Bagus bukunya. Nak disedekah kepada pelajar tahfiz sebagai kitab pengajian tamadun islam.
.
Dengar penerangan apa semua, NY kata dalam hati. Allah nak bagi pahala juga untuk ku melalui agen ni. Dan rezeki untuk agen ni. Panas dia datang terik matahari mencari pewakaf-pewakaf yang nak berwakaf. Masa tu jam 12 tengahari. NY dekat PD teman anak main pantai.
.
Selesai explain semua, NY cakap saya nak wakafkan untuk mak ayah saya. Tuliskan nama mak ayah saya ya. Saya nak mak ayah saya masuk syurga. Nak mak ayah saya bahagia di sana dengan amalan saya untuk mereka ni.
.
Alhamdulillah… lepas bayar wakaf tu hati rasa lapang dan bahagia. Moga ma ayah dapat saham dan dimasukkan syurga asbab wakaf ni. Niat nak jadi anak yang soleh untuk ma ayah. Dan berdoa moga-moga anak juga buat perkara yang sama untuk NY nanti mereka dah besar. Aamiin.
.
Korang… mak ayah kita yang dah meninggal ni tunggu pahala, doa kita untuk mereka. Azab kubur tu pedih. Neraka tu benar. Sedihkan kalau kita tak tahu mak ayah kita ok ke tak di alam sana. At least dengan sumbangan wakaf kita sedekah kita untuk mereka masa ni, mampu menyelamatkan mereka. Wakaf adalah pahala jariah yang mengalir tanpa henti. Buatlah untuk mereka banyak-banyak. Makin banyak berwakaf makin banyak pahala untuk ibu ayah kita.
.
Ustaz cakap… kita niatkan untuk ibu ayah cuba doa lepas tu ” Ya Allah, jika ibadahku diterima sebagai amal soleh, mohon sampaikan pahalanya kepada arwah ibu bapaku tercinta”. Aamiin. InshaaAllah kita dapat pahala, ibu ayah pun dapat sebab Allah lipat gandakannya atas niat baik kita. 🥰
.
Jom ambil peluang gandakan wakaf dan pahala niat untuk ibu ayah kita. Mudah-mudahan kita jadi anak soleh, anak kita juga jadi anak soleh dan kita dapat bersama dengan keluarga kita disyurga kelak. Aamiin.
.
Jika kita tak sempat berbuat baik kepada mereka ketika disaat mereka masih hidup
Rebutlah peluang ini untuk membalas jasa mereka dengan salurkan pahala untuk mereka
Dengan berwakaf, kita boleh niatkan nama ahli keluarga yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia.

Kongsikan manfaat artikel ini di :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Perlukan Bantuan ?