Bina ketakutan sampai paranoid dengan menyampaikan amaran dan azab Allah itu berbeza ya

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Bina ketakutan sampai paranoid dengan menyampaikan amaran dan azab Allah itu berbeza ya.
.
Dalam Alquran sendiri menceritakan tentang azab Allah bagi mereka yang ingkar. Salah satunya surah Alwaqiah.
.
Peringatan demi peringatan disampaikan bukan untuk menjadikan kita takut tak bertempat. Takut untuk melakukan dosa dan maksiat kepada Allah supaya kembali beramal dan sedar hidup ni singkat adalah satu tarbiah dari Allah jua untuk manusia supaya insaf dan tidak lalai.
.
Itu bila orang cerita pasal kiamat bukan nak ambik alih kerja tuhan. Orang nak suruh ingat mati dan beramal jaga solat. Itu aje. Bersiap sedia. Takkan kiamat datang baru nak terhegeh-hegeh zikir. Siapkan sekarang. Itu maksudnya. Bukan suruh paranoid tak tentu hala.
.
Sejenis paranoid ni tak faham sampai kena dengar berita gembira sahaja sepanjang masa. Nabi juga menyampaikan berita tentang bertapa pedihnya azab neraka. Peringatan juga ada. Banyak je.
.
Ada manusia, orang cerita pasal syurga, pasal bidadari dia buat tak tahu je. Takda perasaan. Tapi bila berita pasal api neraka cepat pula merasa takut dan gerun. Gunalah keduanya-duanya. Manusia ni perlu dipesan diingatkan. Disaat melakukan kesalahan peringatkan tentang apa yang agama larang. Disaat memerlukan kekuatan dan kesabaran, peringatkanlah tentang berita gembira dan syurga.
.
Manusia ni ada macam-macam kategori. Nampak je rambut sama hitam. Tapi jenis peka rasa fikir dan sensori semua berbeza-beza. Berdakwahlah dengan keduanya. Azab dan Nikmat. Beritakan keduanya.
.
Ada yang NY baca tentang seorang ulama itu apabila ditanya kenapa dia tidak pernah memaki atau berkata buruk tentang orang lain? Jawabnya dia sibuk memperbaiki dirinya dari sibuk mencari-cari kesalahan orang lain. Lebih kurang macam tulah.
.
Itu dah betul lah.
.
Ada lagi satu sisi kita nak kena faham, kita jangan lupa, dalam Islam juga ada ajar cegah kemungkaran. Bila kita nampak mungkar, maksiat atau salah di depan mata kita. Walaupun kita ni tak baik mana, maka wajib kita tegur. Tegurlah. Niat nak membetulkan dan mendidik. Bukan nak menghina atau nak mencari-cari kesalahan.
.
Kalau tak tegur, boleh jadi makin hanyut dengan maksiatnya. Kita ni hidup bermasyarakat. Istilah tak jaga tepi kain orang tu kadang perlu juga pada tempatnya. Kalau mati masuk kubur golek sorang sampai jiran sebelah rumah pun tak tahu. Perlu juga peka dan ambil tahu hal kemasyarakatan.
.
Janganlah selfish fikir diri sendiri semata-mata. Sibuk yang dimaksudkan bukan sibuk mengata mengumpat. Sibuk yang caring dan jaga kebajikan jika berlaku apa-apa. Jika ada kemungkaran wajiblah kita tegur dan didik.
.
.
Ini berdasarkan apa yang NY faham agama ajar. Tak sewenangnya biarkan sahaja bila terang tang-tang salah disisi agama. Kalau orang tak tutup aurat, wajib kita tegur. Orang yang tukar jantina macam sajat tu pun wajib kita tegur. Kan benda salah tu. Kalau kita tak tegur nanti ngan kita-kita dia seret p neraka. 🙄
.
Begitulah. Belajar biar habis sampai faham. Jangan belajar sekerat-kerat.
.
Nora Yusof

Kongsikan manfaat artikel ini di :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Perlukan Bantuan ?