Sertai Wakaf Buku FTR Kepada
Non-Muslim, Pelajar Tahfiz Dan
Mangsa Banjir
Sebab Kenapa Anda Perlu Wakaf Buku FTR?
Tonton video kisah benar Seorang ULAMA BESAR DI DAMASKUS yang saya petik daripada POSTING Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman yang bertajuk “JENAZAH DIJEMPUT MALAIKAT KERANA MENUNTUT ILMU” yang sangat bagus sekali diambil iktibar pengajarannya dan kepentingannya buat kita yang mahu memilih jalan untuk menuntut/mencari ilmu dan membantu/membiayai orang lain menuntut ILMU. Fadhilat yang sangat besar dan hebat disisi ALLAH SWT. MasyaALLAH.
Anda dapat sesuatu daripada video tersebut? Alhamdulillah semoga kita semua terpilih diberikan kefahaman, kesedaran, rahmat dan nikmat ILMU oleh ALLAH SWT.
Tanggal 18hb Disember 2021 Iaitu pada hari Sabtu, seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita banjir terburuk yang menimpa sekitar Lembah Klang, Shah Alam dan beberapa lagi kawasan di Selangor serta negeri-negeri lainnya.
Sudah tentu ujian besar ini memberikan tamparan yang hebat buat mereka yang diuji kerana melibatkan kehilangan harta dan nyawa. Melihat banyak video banjir yang tular di media sosial, penulis merasa sungguh sebak dan tersayat hati. Berat ujiannya. Sehelai sepinggan saudara-saudara kita. Allahuakbar.
Jadi, atas keperihatinan penulis, apa yang penting saat ini untuk membantu saudara-saudara kita bukanlah semata-mata makanan, pakaian, dan kewangan sahaja, tetapi juga ILMU #BacktoALLAH yang sama pentingnya sebagai bekalan iman, kekuatan jiwa yang malah jauh lebih penting sebenarnya agar mereka mampu melalui ujian ini dengan penuh kesabaran, kesyukuran dan keredhaan semata-mata kepada ALLAH SWT.
Projek Wakaf Buku FTR
Oleh sebab itu, pihak FTR mahu mengajak orang ramai untuk bersama-sama membantu dari segi kewangan juga biayai ILMU akhirat #backtoALLAH FTR ini dengan serahkan keyakinan dan kebergantungan hidup hanya kepada ALLAH melalui penyertaan PROGRAM MENYUMBANG dan MEMBIAYAI WAKAF BUKU FTR kepada MANGSA BANJIR, NON-MUSLIM dan PELAJAR TAHFIZ kerana ALLAH SWT.
FTR mengambil langkah untuk melaksanakan Projek Wakaf buku-buku FTR yang terpilih kepada NON-MUSLIM, PELAJAR TAHFIZ dan MANGSA BANJIR. Tujuannya adalah dengan harapan mereka terbuka hati untuk menerima ISLAM dan mengamalkan ISLAM serta lebih dekat dengan ALLAH SWT.
Kami juga mahu membuka peluang untuk berkongsi bersama orang ramai yang mahu menyertai, menyumbang atau membiayai ikut kemampuan masing-masing dengan penuh keihklasan untuk sama-sama mendapat pahala sedekah yang besar sebagai bekalan jariah akhirat dan mendapatkan keredhaan ALLAH SWT.
ILMU adalah salah satu bekal utama yang kekal pahalanya sehingga setelah kita meninggal dunia. USIA BAKAL BERAKHIR, BIARLAH PAHALA TERUS MENGALIR.
Sesuai dengan sabda nabi SAW “Tiadalah satu sedekah yang lebih BESAR yang disedekahkan manusia seperti PENYEBARAN ILMU”
Maka beruntunglah orang-orang yang memfokuskan kepada pencarian bekal akhirat dengan mencari, menyebarkan, menyokong, dan membiayai ILMU yang bermanfaat kerana ALLAH SWT sepertimana kisah ulama yang dikongsikan di dalam video itu tadi. #AkhiratLebihUtama.
Pembacaan buku-buku FTR telah mendapat sambutan yang luar biasa dalam kalangan pembaca dan telah terbukti berkesan mampu merubah hidup ribuan manusia untuk kembali hidup beragama secara bersyariat dan mencari keberkatan asbab membaca buku-buku FTR. Kesan ini turut dirasai dan dialami oleh pembaca non-muslim yang juga mahu mendalami serta memahami isi kandungan bahan bacaan FTR sebagai input ilmiah dan rohaniah.
Buktinya sebagaimana berikut.

“Saya convert bulan puasa lepas. Betapa memang Allah sayang kat saya, bagi saya peluang rasa hidup jadi orang baru”

“Akhirnya tercapai juga nak buat mini stokis..tq juga kat Buku FTR..Banyak benda dah berubah sejak dah baca buku FTR”

“Saya ngan suami berminat n memang berniat nak beli ebook ni. Walaupun doa2 dalam islam (Kami Kristian)”

“Nak sebarkan kebaikan buku ni..kalau saya indian pun kena tempias boleh change 180 degree..”

“Penulisan dalam FTR nie memang menyentuh perasaan..tak kira agama apa,andai menyelami penulisan dalam FTR, memang tersentap bila membaca”

“Non-muslim tertarik untuk baca FTR”

“dia cakap content terlalu deep, buat dia rasa tersedar dengan diri dan mahu mengenal tuhan”

Pembaca Non-muslim
“Syukur puan selepas baca buku tu cara bercakap pun saya boleh dah control…”

” Saya baru 21 hari bersama FTR sangat banyak teguran2 yang saya terima puan. Saya bukan islam saya Buddha…”

Pembaca Non-muslim
“..Selepas baca buku FTR nie..sebab tu hati yang keras seperti batu ni boleh berlembut hati untuk memiliki buku ni…”
Hal ini demikian, kerana penggunaan penulisan dan peyampaian gaya bahasa yang digunakan di dalam penulisan buku-buku FTR oleh penulis adalah berkonsepkan simple, santai, sentap dan mudah difahami yang sangat sesuai dijadikan bahan bacaan dalam segenap lapisan masyarakat.
Visi Misi Wakaf
Projek wakaf ini dibangunkan dengan visi misi untuk berdakwah melalui penulisan buku bagi membantu lebih ramai non-muslim, pelajar tahfiz dan orang ramai supaya dapat :
- melahirkan generasi ummah yang kaya jiwa
- membentuk budaya dan akhlak membaca yang tinggi
- membangunkan generasi celik ilmu cemerlang dunia akhirat
- menghapuskan hutang dan belenggu rezeki yang membebankan
- dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT
- mencintai Rasulullah SAW
- dan mengenali keindahan ISLAM dengan matlamat akhir adalah untuk mereka masuk islam asbab membaca buku ini. Inshaa Allah #BersamaKeSyurga
Pilih dan tekan butang wakaf di bawah sekarang
Wakaf
Menurut sumber yang dipetik daripada laman sensawang Majlis Agama Negeri Johor, Wakaf Dari segi syarak membawa makna sebagaimana berikut:
Dari segi syarak:
Wakaf bermaksud seseorang yang menyerahkan hak miliknya (harta yang boleh digunakan tanpa susut fizikalnya) kepada pengguna wakaf tersebut dari mula harta diwakafkan hingga ke akhirnya semata-mata kerana Allah S.W.T. Ianya tidak boleh diambil kembali atau dimiliki oleh mana-mana individu.
Menurut para ulama, As-Syafie, mengharuskan wakaf kepada golongan bukan Islam, Zimmi, selama mana ia tidak bertujuan untuk melakukan maksiat, ini kerana dibolehkan sedekah kepada golongan ini. HUKUM berwakaf kepada Non-Muslim adalah HARUS. Semoga menjadi asbab mereka jadi Islam.
Kelebihan Berwakaf
Wakaf adalah satu ibadah menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan Umat Islam dengan niat sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala.
Para Fuqahah (ahli fiqh dan ulama’) berpendapat amalan wakaf merupakan ibadah yang berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir terus kepada pewakaf buat selama-lamanya dan sangat dituntut dalam agama Islam.
Ia merupakan suatu amal soleh yang mana pahalanya akan diberikan secara berterusan oleh Allah Subhanahu Wa Taala kepada pewakaf selagi mana harta atau ain yang diwakafkan itu kekal dan dimanfaatkan oleh orang ramai.
Kedudukan harta wakaf adalah kekal sebagai hak Allah Taala, dengan demikian kedudukan harta waqaf tidak boleh dimiliki, dijual, dihibah ( diberi ) , diwarisi dan dipusakai.
Allah S.W.T telah mensyariatkan wakaf, menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu agenda untuk mendampingkan diri kepadanya dan memberikan pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah Taala sebagaimana firman Allah :-
﴿ مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٲلَهُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ مِّاْئَةٍُ حَبَّةٍ۬ۗ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ ﴾
سورة البقرة : ۲٦١
Mafhumnya :-
“Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi Maha Mengetahui”.
(Surah Al-Baqarah Ayat 261)
Rasulullah S.A.W sendiri amat menggalakkan umatnya supaya memperbanyakkan sedekah jariah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A yang bermaksud :-
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ تَعَالى عنه أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاثَةٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، اَوْعِلْمِ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ.
﴿ رواه مسلم ﴾
Maksudnya :-
“ Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya.
(Hadis Riwayat Muslim)
Hikmah Berwakaf
Allah s.w.t berfirman didalam surah al-imran ayat 115 yang bermaksud:
Dan apa sahaja kebajikan yang mereka lakukan, maka mereka tidak sekali-kali akan dinafikan atau disekat daripada mendapat pahala. Dan ingatlah Allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa.
Antara hikmah yang terdapat didalam ibadah wakaf ialah:
- menzahirkan pengabdian diri kepada Allah s.w.t
- sebagai langkah mendekatkan diri kepada Allah s.w.t
- mendapat kebajikan yang berkekalan walaupun pewakaf telah meninggal dunia
- berkongsi manfaat dikalangan umat islam dalam menyemarakkan syiar islam.
- Ianya dapat mengukuhkan perpaduan dan ekonomi ummah dan
- Ianya juga secara tidak langsung dapat mengekalkan pemilikan dan pengkongsian aset umat islam di Negara ini khususnya.
Perlaksanaan Projek Wakaf Buku FTR
Pemberian Buku Percuma Kepada Pelajar Tahfiz
























































Bantuan Kepada Mangsa Banjir

























Projek Wakaf buku FTR ini dilaksanakan berdasarkan perancangan berikut. Fokus pemberian barangan wakaf adalah kepada NON MUSLIM, PELAJAR TAHFIZ dan MANGSA BANJIR.
Satu set buku FTR terbaik yang terpilih iaitu:
SET WAKAF FTR
“BUKU REZEKI KELAS PERTAMA”

Set adalah terdiri daripada item berikut:

Buku 121 Formula Tarik Rezeki
" Setiap sakit ada penawarnya,
Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya dan setiap persoalan pasti ada jawapannya "
Antara Persoalan yang menarik dalam buku 121 FORMULA TARIK REZEKI adalah:
- Ketahui rahsia TARIK DUIT beribu-riban setiap hari, setiap bulan dan tanpa disangka-sangka sama ada bekerja atau tidak
- Punca sempit rezeki yang tidak disedari membongkarkan rahsia dan cara bagaimana menghadapi masalah hutang. Ketahuilah jika hutang dilangsaikan maka rezeki akan masuk dengan mudah
- Bersedekah tetapi masih sempit rezeki. KENAPA? Wajib ketahui rahsia ini jika tidak sedekah yang dilakukan sia-sia sahaja.
- Ramai yang berniaga tetapi ramai juga yang gagal. Kenapa ini berlaku? Jika anda ada perniagaan WAJIB baca bahagian ini.
- Bagaimana dengan menjaga perkataan boleh memastikan rezeki melimpah masuk ke dalam diri kita?
- Bagaimana untuk berdepan dengan masalah dan jadikan masalah tersebut sebagai punca kepada rezeki masuk dengan banyaknya? Rugi jika tidak tahu ilmu ini.
- Ketahui bagaimana kita boleh berdosa tanpa kita sedari. Ingat dosa juga boleh menutup pintu rezeki.
- Bagaimana memohon hajat ketika bersujud. Rezeki itu milik Allah jadi kena tahu bagaimana untuk memohonnya.
- Dua jenis sifat negatif yang perlu dibuang dengan segera. Jika berjaya buang sifat ini maka tertutup pintu bala dan terbuka pintu rezeki.
- Dan lain-lain 121 formula tips pantas rezeki, bonus rezeki, pelengkap rezeki yang terkandung di dalam buku ini. Selamat menuntut ILMU!
Isi Kandungan Buku 121 Formula Tarik Rezeki





Buku 15 Rahsia Asas Rezeki
“Rahsia penting tentang Asas Rezeki yang ramai tahu tapi tidak sedar dan tidak buat”
Saya percaya, anda dah pun banyak sangat membaca buku rezeki, beli macam-macam panduan cepat kaya, siap pergi macam-macam seminar kaya dan berjaya kan? Dah banyak melebur, tapi pulangan? Belum seperti yang dimahukan. Masih belum berkesan. Sebabnya, anda tak tahu apa yang patut anda perbetulkan terlebih dahulu.
Iaitu, asas WAJIB kenapa nak kaya, berjaya dan bahagia dari akar umbi!
Ya, ia perkara asas yang pertama kena dibetulkan terlebih dahulu sebelum kita memulakan usaha untuk menjadi kaya, bahagia dan banyak rezeki. Bila ianya basic, ia terpakai sepanjang zaman.
Ketahui Rahsianya Di Dalam Buku Ini
Isi Kandungan Buku 15 Rahsia Asas Rezeki

Bagaimana Untuk Menyumbang?
Untuk memudahkan tuan/puan menghulurkan sumbangan wakaf BUKU FTR ini, kami telah susun sumbangan wakaf adalah berdasarkan Kategori Pakej Wakaf yang disediakan dibawah iaitu bermula dengan pakej serendah RM10 sahaja.

Wakaf juga boleh diniatkan kepada IBU BAPA sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia agar mereka juga mendapat pahala yang besar daripada ALLAH. Terima kasih kerana sudi untuk menyumbang wakaf dan menyokong usaha kami ini, semoga ALLAH membalas setiap sumbangan tuan/puan dengan limpahan rezeki yang berterusan serta kesihatan yang baik, InshaaALLAH.
Pihak FTR juga berbesar hati untuk membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk menjadi agen dakwah (AGEN WAKAF) melalui projek wakaf FTR ini dengan tujuan berkongsi pahala serta mengharapkan redha ALLAH SWT.
Pilih dan tekan butang wakaf di bawah sekarang