Jangan lihat siapa yang menegur,tetapi lihatlah apa yang ditegur.

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Baru sempat scroll home. Alahai memacam hal ya.
.
.
Satu je yang saya nak pesan.
.
Tutup mata bukak telinga.
.
Maksudnya
jangan lihat siapa yang menegur tapi dengar apa yang ditegur.
.
.
Kalau faham ni takdalah isu nak bergaduh siapa betul siapa salah.
.
Kita kata orang yang menegur itu angkuh dan sombong kerana tegurannya yang disifatkan sedikit keras dan kasar.
.
Ketahuilah bahawa kitalah dua kali sombong kerana tak dapat menerima teguran satu hal. Dan hal yang kedua kita mengungkit kisah silam si penegur. Maksudnya mencari ketidaksempurnaan penegur.
.
.
Ketahuilah bahawasanya tidak ada satu orang pun di atas muka bumi ni termasuk saya adalah sempurna. Tunggu sempurna datang sampai bila pun tak boleh menegur. Betul?
.
.
Jadi dengar apa yang ditegur. Bukan tengok siapa yang menegur.
.
Contoh seorang ayah nak tegur anaknya jangan merokok padahal dia sendiri pun merokok.
.
Apakah ayah tak boleh tegur anak walaupun dia buat salah? Boleh selagi mana benda yang ditegur tu betul. Dia taknak anak dia jadi macam dia. Walau dia tahu dia pernah buat benda yang salah tapi sekurang-kurangnya dia dapat menyelematkan anaknya daripada kerosakan. Dia cuba dengan macam-macam cara. Garang rotan dan lain-lain.
.
.
Sebenarnya orang macam ni. Dalam dia nasihatkan anak dia, dia sedang belajar nasihatkan dirinya. Mana nak tahu dia larang orang, lama-lama dia pulak ikut buat. Lama-lama dia akan berfikir sendiri. Aku marah anak aku. Aku pulak? Ish.
.
Kita sebagai anak? Yang ditegur ambik selagi teguran tak bertentangan dengan syariat.
.
Dakwah ada macam-macam cara. Ada yang keras ada yang lembut.
.
Misalnya si ayah tu dalam hal rokok kat atas tu. Agak-agak dia cakap lembut ke marah baru anak dia nak dengar? Mestilah garang dan tegas kan. Kalau tak jangan harap anak dia nak dengar. Betul?
.
Maksud kat sini dakwah dalam keadaan lembut kadang tak berkesan. Dibolehkan dalam keadaan tegas. Begitulah. Jadi soal cara dakwah tak perlu dipertikaikan. Boleh rujuk sirah nabi. Ada macam-macam cara. Perang pun ada. Gitulah.
.
jangan sempit sangat fikiran tu.
.
Jangan risau lama-lama dia akan tarbiah diri dia sendiri.
.
Berdakwahlah dengan ilmu.
.
Ok?
.
Jangan takut untuk menegur walau kita tahu kita tak baik mana. Sebab menegur itu tanggungjawab. Kalau tak dapat selamatkan diri sekurangnya dapat selamatkan orang. Mana nak tahu kebaikan itu yang bawak kita ke syurga? Kita tak pernah tahu. 
.
.
Selamat pagi.
.
Nora Yusof.

#PenulisFTR
#FTRExclusive
#BacaBacaSENTAP

Kongsikan manfaat artikel ini di :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Perlukan Bantuan ?