Kahwin Muda. Lepas Kahwin Duit Zero, 2 Tahun Kemudian

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Kawin Muda. Lepas Kawin Duit Zero, 2 Tahun Kemudian

GAMBAR HIASAN
Tips berjaya dan kaya dunia akhirat in shaa allah!!
.
.Ini cerita betul , bukan mitos . Cerita dongeng ke apa . Saya suami isteri kawin muda lepas belajar . Lepas kawin ‘kosong ‘ , duit zero . Kawan-kawan lain keje , kami taknak keje . Nak niaga . Kami naik sampai sekarang dengan berpaksikan hidup nak berubah demi Allah .
.
.
Dari zero sekarang bole tolong mak ayah , rumah selesa , ade kete selesa , makan mewah , ade duit simpanan boleh kata banyak jugak . Kiranya kekadang tak tahu camna bole senang macam sekarang . Kita kekadang lupa Allah ada . Banyak cara sebenarnya die boleh tolong kita kalau kita mintak kat dia . Kalau mintak kat manusia sapa nak layan.
.
.
Dulu tak solat, smpai lupa dah ayat-ayat semua , kena baca balik buku cara-cara solat > pelan2 solat , tak boleh tinggal , kena sungguh-sungguh taubat
Suami hari-hari solat dhuha ,yang mana saya tak mampu yang tu . Tiap pagi dia akan solat dhuha , tak boleh tinggal kata die solat dhuha tu wajib . Sebab kita tak da bos . Bos kita Allah . Jadi kena presentation lebih kt Allah.
.
.
Dulu org gelak kami niaga online , sekarang alhamdulillah ramai kawan-kawan dan keluarga nak berniaga jugak .
Dulu saya ingat hidup kena 80% usaha , 20% tawakal . Tapi sebenarnya = 80% tawakal , 20% usaha . Dari dulu saya seorang yang pentingkan usaha , exam wajib stay up malam , kena usaha . Solat tak payah . Apa ade dgn solat dapat gak A . – ayat seorang jahil . Astagfirullah
.
.
Saya bercakap jujur dgn pengalaman sendiri .
Sila amalkan ini.
.
.
Maksud REZEKI
– kasih sayang
– kewangan
– kesihatan
– ibadah
Nak dapat income RM50,000 sebulan wajib SEDEKAH 10% dlm RM5000 bulan tu baru Allah bagi RM50,000
Lepas solat sedekahkan Al-Fatihah pada mak ayah.. Call mak setiap hari. Mintak maaf dgn mak. Mintak mak redha dgn apa yg kita buat.
Nak rezeki melimpah ruah.. Bukak tabung-tabung berikut:
1. Tabung Zakat
2. Tabung Sedekah
3. Tabung Wakaf
4. Tabung Infak
pergi pejabat zakat berdekatan.. Tanya terus dengan diorang camne nak bukak tabung2 nie
Ramai yg sebok jaga rezeki dengan orang tapi LUPA & TAK JAGA hubungan dengan PEMBERI REZEKI (ALLAH SWT)
.
.
AMALAN MENJEMPUT REZEKI YANG WAJIB BUAT
1. Solat awal waktu
– Lelaki – 10 ke 20 minit sebelum azan mesti dah ade kat masjid!
Solat Dhuha
– eksklusifkan masa dengan Allah dahulu sebelum buat kerja lain
– Baca surah Al-Waqiah selepas Dhuha (kita tidak akan miskin sampai bila-bila)
– Bilangan rakaat biasanya buat 2 rakaat, cuma tambah jadi 4, 6 & 8.. Ikut kemampuan.. Setiap 2 rakaat kena bg salam..
Jadilah JUTAWAN yg memberi manafaat pada orang lain!
2. Tahajjud
– buat 7 hari berturut-turut kemudian dah biasa.. Buat secara konsisten
– Buat presentation dengan Allah di waktu 1 per tiga malam.. Cerita plan marketing pada Allah terus! Kalau cerita pada manusia..kalau orang taknak kita akan frush kecewa! Tapi present plan    pada Allah..kita takkan rasa kecewa.. Merengek merintih pada Allah apa yg kita nak.. Apa yg kita impikan.. Apa yg kita nak capai dlm hidup! Biar jelas.. Kalau nak jadi jutawan..doa nak jadi jutawan berkat tahun ni..
– Mintak semua pada Allah.. Nak pakai Ferrari.. Nak ada RM10juta dalam akaun bank dalam masa 2 tahun.. Nak hantar maka ayah pergi umrah tahun ini.. Nak beli rumah bunglo.. Impian kena jelas! Mintak semua pada Allah.. Mintak yg besar2 terus sebab Allah maha kaya maha pemurah!
.
.
Belajar berlapang dada.. Redha dengan setiap masalah & ujian yg Allah bagi.. Contoh ada orang hutang kita bertahun2 tak bayar.. Redha kan semua tu.. Belajar redha.. Sbb ade sorang peserta tu adik dia pinjam 98ribu dah bertahun2 tak bayar..pastu dia belajar redha.. Tak sampai seminggu Allah balas balik dia berjaya jual tanah bernilai RM340,000 yg 10 tahun lepas punya kes…
.
.
3. Sedekah
– beri sedekah dengan perasaan.. Contohnya, Ya Allah asbab aku memberi ni aku dapat jadi jutawan (semasa nak sedekah tu niat mcm ni dgn penuh perasaan)
.
.
4. Buat TABUNG SUBUH
– Masukkan duit setiap hari selepas subuh.. Masukkan dgn penuh perasaan & doa pada Allah.. Cukup sebulan duit tabung tu keluarkan & sedekah pada masjid @ rumah kebajikan @ maahad tahfiz dll..
Formula YAKIN
1. Yakin
2. Yakin
3. Yakin
4. Yakin
5. Yakin
6. Yakin
7. Yakin
8. Yakin
9. Yakin
10. Doa
11. Usaha
12. Tawakkal
9 kali kena yakin!!
.
.
5. Baca Al-Quran
– paling malas minimum 1 baris dengan terjemahan.. Buat setiap hari.. Jadikan amalan!
.
.
– Kalau bersedih.. Baca Quran.. Kalau sakit.. Baca Quran..
6. Istighfar setiap hari
– baca zikir ‘Ya Wahhab’ je 100 kali setiap hari.. Lagi bagus setiap solat 100x.. Pastu up 1000x sampai la mampu buat 100,000 zikir..
.
.
7. Jaga Wuduk setiap hari
– latih badan sentiasa ada wuduk.. Kalau masalah kentut.. Buat ikut kemampuan sampailah masalah kentut tu hilang.. Hehe! Contoh dlm wuduk pastu gi jumpa client.. Pasti terkentut.. Jangan la pi ambik wuduk pulak.. Lepas dh jumpa client baru la ambik wuduk sbb masih dlm proses latihan.. Bagi kelonggaran pada diri.. Jangan berubah secara drastik..
.
.
Latih diri MEMBERI diwaktu tiada bukan bila dah KAYA!
TEKNIK NAK MEREDHAKAN SESUATU
Setiap kali lepas solat.. Pejam mata.. Pastu letak tangan kanan atas dada kiri.. Tarik nafas macam biasa.. Rasakan degup jantung kita.. Pastu bayangkan muka mak.. Mintak maaf pada mak jika ada salah..maafkan mak jika mak ada salah..mintak mak redha kan semua yg kita buat.. Pastu bayangkan muka ayah.. Buat benda sama.. Pastu bayangkan muka isteri.. Muka suami.. Muka anak2.. Maafkan semua orang..
.
.
Buat selama 7 hari! Subhanallah tunggu perubahan luarbiasa dari Allah..
Semoga bermanfaat untuk semua..
copy&paste from : @Eqien Chi Arifin
.
.
Saya petik daripada Asmah Binti Adam yang dicopy paste dari pemilik asal 🙂
.
.
.
Semoga bermanfaat semua sahabat. Didioakan semoga anda semua kaya dan berjaya. aamiin.. 🙂
.
.
Nora Yusof

Kongsikan manfaat artikel ini di :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Perlukan Bantuan ?