KEBENARAN MEMANG PAHIT

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

KEBENARAN MEMANG PAHIT.

Kecantikan yang kekal abadi adalah disyurga nanti.

Apa yang manusia nak didunia Allah sediakan disyurga sana.

Nak muda jelita tak tua.
Ahli syurga perempuan sweet 17.
Setiap hari bertambah jelita.

Umur tak berubah selamanya. Sentiasa dara bak bidadari.

Makan sebanyak yang mahu tanpa rasa perlu leceh membuang dan sebagainya.

Tidak sakit tapi sihat selamanya.

Inilah yang manusia nak setiap hari. Sebab tu di dunia ni bermacam2 dijualnya jamu online lah. Segala jadah petua mak nenek mekap untuk kelihatan cantik muda bergaya jelita dan dara. Makanan bermacam-macam yang jika tidak dikawal mendatangkan penyakit yang pelbagai pula.

Sedangkan Allah janjikan itu semua disana.

Tapi manusia berhabiskan masa untuk merebutnya didunia ni lagi. Sehingga lalai melupakan amal dan masa yang sepatutnya dihabiskan untuk mendapatkan keabadian disana bukannya yang sementara disini.

Bersiap bermekap berjam-jam. Membazirkan air wuduk dan sebagainya. Berhias untuk siapa dan untuk apa? Tak ubah rupa perempuan jahilliah. Berpada-pada dan bersederhanalah. Bukan berlebihan.

Obses FTR itu lebih baik dari obses pada kecantikan yang Allah tak pandang pun. Sebab ilmu bermanfaat itu disebut di dalam alquran sebagai bekal akhirat yang membawa ke syurga.

Takut suami lari? Takut suami itu dan ini? Suami yang ikhlas dia akan terima isteri seadanya. Isteri yang tak cantik sebab uruskan anak mengandungkan dan membesarkan anak itu lebih cantik dari 100 bidadari syurga pun. Kerana dia bekorban untuk setia menjaga zuriat yang membawa kesyurga disana nanti inshaaAllah dialah tercantik. Kita tahukan suami jenis apa yang meninggalkan isteri hanya kerana rupa paras?

Pikirlah. Suami anak harta semua itu pinjaman yang tak kekal. Yang kekal disana nanti.

Fokuslah Ibadat. #AlwaysbacktoAllah.

Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian.

Kebenaran selalunya pahit. Kita selalu menidakkannya untuk puaskan hati sendiri tanpa ilmu yang betul.

Ayuh Bertaubat dan mintalah Husnul Khatimah.

Orang yang cinta nasihat itu tandanya cinta agama. 😊

Nora Yusof.
#Penulis_FTR
#BacaBacaSENTAP

Kongsikan manfaat artikel ini di :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Perlukan Bantuan ?