KEJAR AKHIRAT, DUNIA DATANG

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Jangan menghina rezeki yang sedikit. Barangkali yang sedikit itu yang berkat. Apatah lagi jika rezeki takda.
.
Allah mahu memberikan kita pahala sabar.
.
Buat FTR ni matlamat utama dia adalah untuk berdakwah. Bukan untuk kaya banyak duit dan showcase.
.
Matlamat dia adalah untuk jana pahala berpanjangan dengan menyebarkan manfaat ilmu.
.
Berapa ramai 3 tahun kebelakangan ni team FTR dalam tekanan kerana isu kecelaruan niat. Antara nak dakwah dengan tenang atau nak buat sales.
.
Berbolak balik. Ada yang ok. Ada yang tak ok. Benda biasalah tu. Sedangkan zaman nabi sendiri pun ramai munafik dan fasik. Inikan pula dalam team FTR. Normal. Tak perlu acah-acah suci. Asalkan niat nak memperbaiki diri.
.
Disebabkan masalah fokus niat yang selalu tersasar ni. Selaku founder FTR yang berhak untuk ubah apa sahaja struktur dan sistem model FTR. Kembali kepada sistem asal iaitu affiliate.
.
Kita memfokuskan kepada konsep
“KEJAR AKHIRAT, DUNIA DATANG.” Jutawan akhirat. Untuk menciptakan satu keihklasan hati berdakwah kerana Allah semata-mata dan bukan kerana sales atau kerana komisyen.
.
Ramai yang cakap nak jadi kaya sebab nak bayar zakat banyak nak bantu ummah dengan ekonomi lah apa semua dengan kekayaan yang diciptakan.
.
NY berpegang pada prinsip. Kaya bukan dengan zakat banyak atau sedekah banyak. Tapi dengan yang sedikit pun sudah kaya sebenarnya sebab mampu memberi. Kaya ni bukan tunggu banyak baru nak memberi. Tapi dengan yang sedikit sudah ikhlas memberi.
.
Memberi yang tersembunyi. Cukup hanya antara Allah dan si pemberi. Amalan memberi yang bersifat terang-terangan adalah satu laluan jalan kebinasaan kerana jalan ini boleh menyebabkan iblis dan syaitan mampu masuk ke dalam hati dengan menimpakan penyakit ujub, riak dan takabur dengan dakyah “berfikiran positif” serta puji memuji.
.
Sangat halus. Jadi untuk memelihara keihklasan hati adalah

terbaik

jika kita mampu merahsiakan segala amalan, amount dan jumlah kekayaan kita tanpa perlu diketahui mana-mana orang pun.

.
Hidup sederhana bebas hutang. Bebas riba itu misi FTR.
.
Bila berguru yang melibatkan loan, pinjaman, NY stop. Kerana tak mahu lagi hidup yang kelihatan mewah tapi penuh dengan pinjaman riba. Memilih untuk mendidik diri dengan hidup penuh kesederhanaan. Duit banyak sedekah senyap-senyap. Duit banyak, zakat senyap-senyap. Duit banyak. Beli cash sahaja.
.
Tak perlu berlumba sales siapa yang kaya. Sales siapa yang tinggi. Sales siapa yang paling banyak hanya untuk motivasi.
.
Tak perlu berlumba tunjuk segala result personal. Hakikatnya banyak menyakitkan mereka yang melihat selain membawa banyak masalah lain seperti orang yang datang meminta-minta, iri dengki dan scammer.
.
Cukup sekadar misi dan visi yang jelas untuk mencapai redha Allah dalam berbisness dan beribadah. Kita akan mencapai ketenangan hati.
.
Bina hati yang takwa dan kehambaan kepada Allah dalam perjuangan mencari rezeki untuk keluarga dan menyara diri dengan perniagaan mendidik hati untuk jadi lebih bertawakal, sabar dan bersyukur.
.
NY fokus kepada menyampaikan ilmu untuk bantu lebih ramai #alwaysbacktoAllah dengan pemantapan tauhid dan kebergantungan rezeki itu kepada Allah dulu, Allah lagi dan Allah terus.
.
Sekiranya kalian join FTR kerana nak jadi jutawan pakai kereta lamborgini ferrari atau duit berkepok-kepok atau berangan nak jadi jutawan banyak duit. Maaf ini bukan tempatnya. Kenapa? Kerana FTR tak repeat sales, FTR repeat pahala. Satu orang satu buku. Maka setiap hari harus membantu orang yang baru untuk mendapatkan ilmu FTR. Dan ia adalah satu bisness yang susah. Susah kerana nak mendidik dan tarbiyah hati menjadi daie yang sabar dengan rezeki Allah.
.
FTR adalah tempat untuk membina pahala. Menjadi jutawan akhirat yang ikhlas mencari keredhaan Allah melalui jalan membetulkan dan mengikhlaskan hati, serta memperbanyakkan masa untuk ibadah kepada Allah.
.
Nak ajak orang upgrade ilmu dengan membaca buku ni bukan satu kerja yang mudah. Sungguh kita berhadapan dengan sebuah generasi yang tidak suka membaca. Tidak suka buku. Bukan amalan dan budaya.
.
Maka FTR sangat mengalu-alukan mereka yang nak berjuang bersama untuk mencapai keredhaan Allah menjana pahala akhirat yang berpanjangan dengan merealisasikan generasi ummah kaya jiwa memiliki budaya dan akhlak membaca yang tinggi dengan menyebarkan ILMU FTR ini.
.
Rezeki yang berkat itu cukup.
.
FTR misi membawa ke syurga.
FTR misi jihad ilmu.
.
Bukan berniaga sambil berdakwah ya. Tapi berdakwah sambil berniaga. Kenapa? Kerana nak fokus pada akhirat dulu. Barulah dunia. Itulah yang kami maksudkan Kejar akhirat, dunia datang.
.
Betulkan hati. Ikhlaskan diri untuk mencapai redha Allah. Kaya untuk menjadi hamba kepada Allah. Kaya tak perlu dipamerkan. Kaya tak perlu dicerita atau diberitakan. Cukup tahu kemana mengunakan kekayaan tersebut.
.
Jutawan senyap adalah impian kami.
.
InshaaAllah.
P/S: jika ada yang berminat nak sertai kami. Boleh daftar di www.usahawanftr.com ya
.
Nora Yusof

Kongsikan manfaat artikel ini di :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Perlukan Bantuan ?