MAIN KUTU UNTUK BELI BARANG YANG KITA NAK!!!
HUKUM MAIN KUTU
Ada sesetengah ulama mengharuskan jika ada keperluan mendadak. Tapi, selalunya yang main kutu ni adalah untuk mendapatkan sesuatu di luar kemampuan kita.
Contoh main undi untuk beli emas, untuk beli periuk mahal tu. Hehe. maaflah contoh je ni.
.
Menurut Ustaz Dr. Khalid Basalamah, hukum main undi ni adalah HARAM. Sebab,
▶ Membuka pintu HUTANG. Orang pertama yang menerima undi bermakna dia berhutang dengan ahli yang lain.
▶ Membuka pintu kezaliman. bila mana ada sesetengah ahli yang tak bayar undi, atau lari selepas terima undi.
▶ Sekiranya penerima meninggal dunia ketika undi belum habis, maknanya simati meninggal kan hutang.
▶ Orang yang terakhir menerima undi dipanggil “gharar”. iaitu Ketidakpastian. sama ada dia akan dapat undi tu nanti atau tak.
.
Kesan main undi sangat besar sebenarnya apalagi bila ada ahli yang tak jujur, boleh akibatkan putusnya silaturrahim.
.
Kalau ikut kupasan dalam buku FTR, antara sebab rezeki jadi sempit ialah Hutang dan putus silaturrahim.
Jadi tak hairanlah kalau ada antara kita yang main undi, tapi rezeki bocor. ibarat gali lubang tutup lubang.
kerdit : Nora Yusof penulis buku FTR.