MARILAH MERENUNG HIKMAH.

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

ORANG BERIMAN.

Duduklah di mana sekalipun sama ada dalam penjara pun.

Kalau dia merasa nikmat melayan zikir, rasa nikmat beribadat. Rasa nikmat berdua dengan tuhan. Tidak akan ada istilah tertekan dalam hidup.
.
Kerana hati yang tenang itu hanya dengan mengingati Allah. Hati yang menang itu yang bukan merasa nikmat kerana dunia.

Akhirat adalah keutamaan bagi orang-orang yang beriman. Mereka hanya sibuk mendesignkan kematian mereka, rumah mereka, istana mereka diakhirat sana. Bahagia mendengarkan berita syurga dari bacaan Alquran.
.
Hidup dipenuhi, disempatkan, diwaktukan dengan amalan taalim, sunnah, berjemaah, menghidupkan majlis ilmu sementara semua tiada pilihan untuk keluar rumah.
.
Dulu semasa semua bebas kesana kemari sibuk urusan rezeki dll. Dengan keluarga pun tiada masa. Dengan anak-anak pun tiada waktu. Allah memberikan kita peluang keemasan untuk mendekatkan diri kepadaNYA disaat terkurung begini bersama. Gunakan sebaiknya.
.
Kita yang mana? Sentiasa sangka baik atau?
.
Marah? Stress? Komplen? Bising? Bunuh diri? Hilang sabar?
.
.
Nauzubillahiminzalik. Semoga Allah mengurniakan hidayah buat semua dan diri saya.
.
Semoga Malaysia dikurniakan pemimpin berjiwa khalifah. Dikurniakan pemimpin yang adil dan berjiwa rakyat.

Jika mahukan pemimpin begini, kita dulu marilah bersama-sama memperbaiki diri kita sebagai rakyat menjadi pemimpin terbaik kepada diri kita sendiri dan keluarga kita.
.
Aamiin.
.
Nora Yusof
#PenulisFTR

Kongsikan manfaat artikel ini di :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Perlukan Bantuan ?