Rasulullah dan Zaid berjalan keluar dari Kota Taif dalam keadaan cedera dan keletihan. Baginda kesal dengan sikap penduduk Taif. Selama sepuluh hari baginda berdakwah dan mengajak mereka menyembah Allah, mereka masih enggan.
“Ya Allah, kepada-Mu aku mengadu. Aku hanyalah hamba-Mu yang lemah. Aku mengaku penghinaan manusia terhadapku,” doa baginda sewaktu dalam perjalanan.
Malaikat Jibrail mendengar doa itu. Lalu meminta kebenaran untuk menurunkan bala ke atas penduduk Taif. Baginda tidak membenarkannya.
Baginda berdoa kepada Allah supaya memberikan rahmat dan hidayah kepada orang-orang yang telah menghina dan mencaci baginda.
Begitulah mulianya hati Nabi Muhammad SAW. Walaupun dihina, dikeji, malah dicederakan, baginda tetap mendoakan agar orang yang menganiayai baginda memperoleh kebaikan.
.
.
Bila baca komen hangat netizen Malaysia hampir dua minggu ni dengan bermacam-macam isu.
.
Terutama isu paling hangat Ramadan ni penderaan kanak-kanak sindrown down yang bernama Bella.
.
Sikap mengambil berat netizen Malaysia ni bagus penyayang dan perihatin yang luar biasa. Subhanallah.
.
Cuma itulah… tiada sikap menahan marah dan kesabaran yang tinggi. Memaki hamun, kecam-mengecam dan mengeji jadi makanan lidah dan hati.
.
Dah lebih 2 minggu rasanya tak sharing di wall fesbuk ni. Kesihatan yang kurang baik. Macam-macam isu yang buatkan rasa pening yang sangatlah memualkan.
.
.
Berbalik kepada kisah Rasulullah yang Ny sharing tu… suka NY nak ingatkan dan pesan berulang kali kepada diri sendiri dan seluruh rakyat Malaysia yang dicintai.
.
Nabi pesan… jika tak mampu berkata baik. Maka diam lebih baik.
“Sabda Rasulullah: Barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhir, hendaknya berkata baik atau diam. – [HR Ibn Majah 3961].
.
Nabi pesan lagi… jika kalian marah dalam keadaan berdiri, maka duduklah. Jika dalam keadaan duduk masih marah maka baringlah. Jika masih marah maka berwuduklah.
“Jangan marah”… Larangan ini telah diulang oleh baginda nabi beberapa kali. Di dalam sebuah hadis: seorang laki-laki berkata kepada Nabi, “Berilah aku wasiat?” Beliau bersabda,”Janganlah kamu marah.” Laki-laki itu mengulangi kata-katanya, beliau tetap bersabda,”janganlah kamu marah.” – [HR Bukhari 5651].
Menukar posisi kedudukan apabila marah boleh meredakan kemarahan. Sabda Rasulullah: Jika salah seorang dari kalian marah dan ia dalam keadaan berdiri, hendaklah ia duduk. Jika rasa marahnya hilang (maka itu yang dikehendaki), jika tidak hendaklah ia berbaring. – [HR Abu Daud 4151].
Atau dengan kita mengambil wuduk. Ini kerana kemarahan yang tak terkawal itu daripada syaitan dan syaitan diciptakan daripada api. Maka air boleh memadamkan api.
Sabda Rasulullah: Maka jika salah seorang di antara kalian marah hendaklah ia berwuduk. – [HR Ahmad 17302].
.
Indahnya sabar. Sabar tu takda batasnya. Serahkan kepada Allah dalam doa-doa kalian.
.
Bella bertuah…Allah angkat darjat dia. Sebab orang yang
hebat
, ujian mereka memang berat-berat semuanya. Ahli syurga pastinya. Bukan dia tak perlukan pembelaan. Tapi Allah jaga dia dengan doa seluruh rakyat Malaysia. Aamiin.
.
Jaga lidah
Jaga anggota
Jaga akhlak
.
Jangan kita sampai muflis akhirat. Pahala habis disedekahkan kepada mereka yang kita umpat. Kita mengata. Kita mengeji. Kita fitnah.
.
Pendosa. Jika mereka bertaubat, Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Doakan mereka diberi hidayah. Doakan mereka diberi petunjuk. Doakan mereka diampunkan dosa. Doakan yang baik-baik. Mereka mungkin hatinya telah hitam. Hatinya telah tertutup. Hanya Allah sahajalah yang membukanya.
.
Jom pilih untuk jadi akhlak sebaik akhlak Rasulullah.
.
Kejahatan yang dibalas kebaikan takkan pernah terkalahkan. Doa dan teruskan doa kalian.
.
Banyak lagi isu lain… Penyelesaianya sama. Kembali kepada Allah.
.
Fokus Ramadan. Ramadan dah tak lama lagi akan tinggalkan kita. Ramai yang terleka dan terlalai sudah akibat amarah dan tekanan bertubi-tubi media sosial.
.
Dan jom sama-sama berdoa juga semoga Allah pelihara Malaysia dengan memberikan kita pemimpin yang adil. Yang takutkan Allah dan pemimpin yang melaksanakan hukum Hudud Allah. Aamiin.
.
Nora Yusof