ORANG YANG YAKIN REZEKI ITU DARI ALLAH TIDAK AKAN PERNAH RISAU PERSAINGAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Kaya Berjemaah. Kerana Allah itu Maha Kaya. Tidak akan pernah habis kekayaan Allah. Hanya kita sahaja yang miskin minda.
.
.
Ramai orang takut akan persaingan. Tapi tidak bagi orang yang 100% yakin dan percaya terhadap rezeki itu hak TUHAN.🙂
.
Kenapa NY kata begitu? Takut besarkan team sebab risau makin ramai orang jual benda sama makin kurang rezeki katanya. Semakin susah nak dapat pelanggan. Itulah tanda miskin minda.
.
Even bisness antara bisness niche yang sama pun banyak bersaing. Bersaing dari segi produk, kualiti harga dll.
.
Begitu juga antara agen dengan agen yang jual produk yang sama. Berebut pelanggan. Boleh bergaduh 7 keturunan.
.
Sekali lagi, jika keyakinan kuat kita kepada rezeki itu hak Allah dan keyakinan kita bahawasanya ALLAH itu maha KAYA YA GHANI YA MUGHNI kita takkan rasa bersaing pun malah saling support antara satu sama lain antara team untuk sama-sama naik kaya dan berjaya.
.
MAN JADDA WAJADA. BARANGSIAPA YANG BERUSAHA DIA PASTI BERJAYA.
.
Kita nak berjaya ni bukan dengan menyalahkan persaingan. Bukan menyalahkan team makin ramai susah nak cari makan. Tapi misi nak membantu memberi manfaat pada orang lain disusuli dengan usaha yang bersungguh-sungguh pasti membuahkan hasil yang luar biasa. Itulah janji Allah.
.
Betulnya niat di hati
ikhlasnya sanubari,
Tidak penting diri,
Percaya dan yakini
Pada Ya Ghani Ya Mughni.
.
Hasilnya PASTI DIMILIKI.
Tidak akan direbut orang REZEKI,
Yang telah ditentukan DALAM TAKDIR ILAHI
Untuk setiap manusia yang hidup dibumi.
.
Sama-samalah tingkatkan keyakinan (keimanan) kepada Allah. Tidak yakin bermakna tidak beriman. Bila tidak beriman? Awaslah.
Usahlah risaukan persaingan. Fokuslah dalam memberikan usaha yang terbaik. Sebab rezeki adalah milik orang yang berusaha. Bukan milik orang yang risaukan persaingan.
.
Sebenarnya dalam bab rezeki ni, takda persaingan pun. Yang ada hanyalah berapa kuat kita berusaha. Berapa tinggi kita yakin. Allah itu adil. Rezeki tidak lambat, tidak cepat. Tapi tepat pada waktunya.
.
Usah selalu salahkan orang lain, Salahkan persaingan. Yang bersalah sebenarnya adalah diri kita sendiri..kita yang tak upgrade ilmu, kita yang tak buat/ tak berusaha macam orang lain buat. Semuanya KITA sendiri.
.
Begitulah. Sikit usaha. Sikitlah dapat. Banyak usaha banyaklah dapat. Jika rasa usaha dah banyak tapi belum dapat-dapat maka bersabarlah. Allah maha tahu dan maha melihat serta maha adil. Yakinlah. Tidak didunia pasti diakhirat kelak. Itulah jaminan Allah. Buatlah kerana Allah kerana itulah terbaik. So sama-sama berlapang dada dan redha serta rajin berdoa selalu semoga usaha kita diberkati dan diredhai Allah.
.
Sukalah melihat bangsa kita sama-kaya berjaya dunia akhirat. Kerana Allah tidak pernah miskin untuk memberikan kekayaan kepada semua. 🥰😇
.
.
Nora Yusof.
#FTRExclusive
#BacaBacaSENTAP
#1JUTAPembaca
#BukuRezekiKelasPERTAMA
#SatuFTRSatuJIWA.

Kongsikan manfaat artikel ini di :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Perlukan Bantuan ?