KONSEP WAKAF

Menurut sumber yang dipetik daripada laman sesawang Majlis Agama Negeri Johor, Wakaf Dari segi syarak membawa makna sebagaimana berikut:

Dari segi syarak:

Wakaf bermaksud seseorang yang menyerahkan hak miliknya (harta yang boleh digunakan tanpa susut fizikalnya) kepada pengguna wakaf tersebut dari mula harta diwakafkan hingga ke akhirnya semata-mata kerana Allah S.W.T. Ianya tidak boleh diambil kembali atau dimiliki oleh mana-mana individu.

Menurut para ulama, As-Syafie, mengharuskan wakaf kepada golongan bukan Islam, Zimmi, selama mana ia tidak bertujuan untuk melakukan maksiat, ini kerana dibolehkan sedekah kepada golongan ini. HUKUM berwakaf kepada Non-Muslim adalah HARUS. Semoga menjadi asbab mereka jadi Islam.

KELEBIHAN BERWAKAF

Wakaf adalah satu ibadah menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan Umat Islam dengan niat sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala.

Para Fuqahah (ahli fiqh dan ulama’) berpendapat amalan wakaf merupakan ibadah yang berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir terus kepada pewakaf buat selama-lamanya dan sangat dituntut dalam agama Islam.

Ia merupakan suatu amal soleh yang mana pahalanya akan diberikan secara berterusan oleh Allah Subhanahu Wa Taala kepada pewakaf selagi mana harta atau ain yang diwakafkan itu kekal dan dimanfaatkan oleh orang ramai.

Kedudukan harta wakaf adalah kekal sebagai hak Allah Taala, dengan demikian kedudukan harta waqaf tidak boleh dimiliki, dijual, dihibah ( diberi ) , diwarisi dan dipusakai.

Allah S.W.T telah mensyariatkan wakaf, menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu agenda untuk mendampingkan diri kepadanya dan memberikan pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah Taala sebagaimana firman Allah :-

مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٲلَهُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ مِّاْئَةٍُ حَبَّةٍ۬‌ۗ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ‌ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ

﴾سورة البقرة :   ۲٦١﴿ 

Mafhumnya :-

“Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi Maha Mengetahui”.

(Surah Al-Baqarah Ayat 261)

Rasulullah S.A.W sendiri amat menggalakkan umatnya supaya memperbanyakkan sedekah jariah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A yang bermaksud :-

عَنْ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ تَعَالى عنه ‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ : ‏ ‏إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاثَةٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، اَوْعِلْمِ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ. ‏
﴾ رواه مسلم﴿

Maksudnya :-

“ Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibu bapanya.

(Hadis Riwayat Muslim)

HIKMAH BERWAKAF

Allah s.w.t berfirman didalam surah al-imran ayat 115 yang bermaksud:

Dan apa sahaja kebajikan yang mereka lakukan, maka mereka tidak sekali-kali akan dinafikan atau disekat daripada mendapat pahala. Dan ingatlah Allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa.

Antara hikmah yang terdapat didalam ibadah wakaf ialah:

  • menzahirkan pengabdian diri kepada Allah s.w.t
  • sebagai langkah mendekatkan diri kepada Allah s.w.t
  • mendapat kebajikan yang berkekalan walaupun pewakaf telah meninggal dunia
  • berkongsi manfaat dikalangan umat islam dalam menyemarakkan syiar islam.
  • Ianya dapat mengukuhkan perpaduan dan ekonomi ummah dan
  • Ianya juga secara tidak langsung dapat mengekalkan pemilikan dan pengkongsian aset umat islam di Negara ini khususnya.

Anda dapat sesuatu daripada video tersebut? Alhamdulillah semoga kita semua terpilih diberikan kefahaman, kesedaran, rahmat dan nikmat ILMU oleh ALLAH SWT.

Bantu selamatkan generasi kita yang semakin lemah, lalai dan terpengaruh dengan gadget juga teknologi media yang tidak sihat dengan menghidupkan dan membudayakan kembali amalan membaca buku mulai sekarang juga.

PROJEK WAKAF BUKU FTR

FTR mahu mengajak orang ramai untuk bersama-sama membantu dari segi kewangan juga biayai ILMU akhirat #backtoALLAH FTR ini dengan serahkan keyakinan dan kebergantungan hidup hanya kepada ALLAH melalui penyertaan PROGRAM MENYUMBANG dan MEMBIAYAI WAKAF BUKU FTR kepada PELAJAR SEKOLAH, PELAJAR TAHFIZ dan PELAJAR KOLEJ ATAU PELAJAR UNIVERSITI kerana ALLAH SWT.

Tujuannya perlaksanaan projek wakaf ini adalah dengan harapan mereka terbuka hati untuk menerima ISLAM dan mengamalkan ISLAM serta lebih dekat dengan ALLAH SWT.

Kami juga mahu membuka peluang untuk berkongsi bersama orang ramai yang mahu menyertai, menyumbang atau membiayai ikut kemampuan masing-masing dengan penuh keihklasan untuk sama-sama mendapat pahala sedekah yang besar sebagai bekalan jariah akhirat dan mendapatkan keredhaan ALLAH SWT.

ILMU adalah salah satu bekal utama yang kekal pahalanya sehingga setelah kita meninggal dunia. USIA BAKAL BERAKHIR, BIARLAH PAHALA TERUS MENGALIR.

Maka beruntunglah orang-orang yang memfokuskan kepada pencarian bekal akhirat dengan mencari, menyebarkan, menyokong, dan membiayai ILMU yang bermanfaat kerana ALLAH SWT sepertimana kisah ulama yang dikongsikan di dalam video itu tadi. #AkhiratLebihUtama.
Dengan menyertai wakaf buku FTR ini, akan dapat membantu menyelamatkan pelajar dan anak-anak kita menjadi generasi masa depan yang:

✅Beradab dan berakhlak mulia
✅Kaya harta dan jiwa
✅Intelektual tinggi cemerlang dunia akhirat
✅Bangsa yang kuat ekonomi dan agama
✅Pemimpin ummah yang terbaik

VISI MISI WAKAF

Projek wakaf ini dibangunkan dengan visi misi untuk berdakwah melalui penulisan buku bagi membantu lebih ramai pelajar sekolah, pelajar tahfiz dan pelajar universiti supaya dapat :

  • melahirkan generasi  ummah yang kaya jiwa
  • membentuk budaya dan akhlak membaca yang tinggi
  • membangunkan generasi celik ilmu cemerlang dunia akhirat
  • menghapuskan hutang dan belenggu rezeki yang membebankan
  • dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT
  • mencintai Rasulullah SAW
  • dan mengenali keindahan ISLAM dengan matlamat akhir adalah untuk mereka masuk islam asbab membaca buku ini. Inshaa Allah  #BersamaKeSyurga

KENAPA BUKU FTR DIPILIH SEBAGAI BAHAN WAKAF?

1. Kelainan buku FTR yang Unik, Simple, Santai dan Sentap habis!
2. Mudah Faham dan Penerangan yang sangat terperinci
3. Tidak akan rasa mengantuk membacanya
4. Sesuai untuk mereka yang tak suka membaca buku.
5. Terbukti berkesan 100%. Ribuan testimoni perubahan pembaca.

Kita hidup hanya sekali untuk mengumpulkan bekalan ke syurga melalui 3 perkara sahaja sebanyak-banyaknya iaitu:

1. Ilmu yang bermanfaat
2. Sedekah jariah yang berpanjangan
3. Mempunyai anak yang soleh dan solehah

 “Sekiranya manusia telah mati, jika dikembalikan semula kedunia, amalan yang mereka pilih untuk perbanyakkan adalah bersedekah”.

SEDEKAH JARIAH ADALAH WAKAF

Usia bakal berakhir, biarlah pahala terus mengalir…

 Maka beruntunglah orang-orang yang masih hidup memfokuskan kepada pencarian bekal akhirat dengan mencari, menyebarkan, menyokong, dan membiayai ILMU yang bermanfaat kerana ALLAH SWT.
#AkhiratLebihUtama
Hadiahkan diri anda pahala bekalan ke syurga dengan setai sedekah paling besar iaitu biayai ilmu bermanfaat dunia akhirat, jana pahala jariah berpanjangan melalui SUMBANGAN WAKAF BUKU FTR yang telah terbukti 100% sangat memberi manfaat kepada penuntut ilmu iaitu pelajar untuk:

✅ #BackToAllah dan menjaga solat.
✅ Ubah hidup menjadi muslim lebih baik
✅ Non muslim masuk islam asbab baca buku FTR
✅ Menjadi generasi intelektual kaya jiwa dan ilmu
✅ Meningkatkan amalan dan budaya membaca buku

Pembacaan buku-buku FTR telah mendapat sambutan yang luar biasa dalam kalangan pembaca dan telah terbukti berkesan mampu merubah hidup ribuan manusia untuk kembali hidup beragama secara bersyariat dan mencari keberkatan asbab membaca buku-buku FTR. Kesan ini turut dirasai dan dialami oleh pembaca non-muslim yang juga mahu mendalami serta memahami isi kandungan bahan bacaan FTR sebagai input ilmiah dan rohaniah.

SEBAR LUAS WAKAF FTR

FTR ingin meluaskan lagi program wakaf ini keserata Malaysia. FTR memerlukan sokongan dari anda semua untuk menyebarkan lagi dakwah wakaf FTR kepada orang awam. Oleh yang demikian FTR telah membuka satu peluang kepada mereka yang ingin bersama FTR meluaskan lagi manfaat wakaf FTR dengan menjadi agent wakaf FTR.

Berikut adalah kelebihan yang akan anda dapat setelah menyertai agent wakaf FTR:

  • Bahan hebahan disediakan
  • Komisen sebanyak 15%
  • Reward bulanan dan tahunan.

Antara hasil dari agen FTR yang giat menyebarkan dakwah dan wakaf FTR.

Jom Bersama FTR kembangkan Projek Wakaf FTR dengan sertai kami sebagai Agen Wakaf FTR

Perlukan Bantuan ?