Rezeki datang berlumba-lumba

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Bila kamu fokus,
Bila kamu semangat,
Bila kamu excited,
Bila kamu happy,
.
.
Rezeki datang berlumba-lumba.
.
Dalam dunia bisness ni, semua produk ada manfaat atau mudarat. Salah satunya lah. Tak pun dua-dua. Kalau produk yang bagus semuanya bermanfaat pastinya.
.
Yang mudarat tu jauhkanlah. Kajikanlah. Telitikanlah sebelum terjebak. Takut terkumpul dosa jariah sama. Sebab tu nak berniaga ni bukan ikut dan je nak jual apa benda. Pastikan produk tu bermanfaat, patuh syariah, halal, berkat dan berkualiti.
.
Jadi seller ni pula satu benda je korang kena ada. Iaitu nama dia ‘KERAJINAN’. Produk jatuh dari langit sekalipun. Kalau ada penyakit ‘MALAS’ tak jadi…
.
Yang tak dapat tu pasal…dia tak buat. Itu je. Lepas tu suka salahkan produk. Padahal produk dah kualiti dan terbukti. Yang dia tak buat adalah salahkan diri sendiri🙄 Tak semangat, sangka buruk, tak sabar, sedih hati, mindset tak betul, takda ilmu, tak jaga keberkatan dan banyak lagilah kalau nak senaraikan.
.
Ubat dia… buat je sampai jadi! Tak jadi. Buat lagi. Tak jadi? Buat lagiiiii… sampai jadi. Sesambil belajar upgrade ilmu, upgrade skill, upgrade keberanian, upgrade kerajinan, ubah diri dll.
.
Punca semua tu diri sendiri je. Tak semangat. Takda motivasi. Takda hala tuju. Hari ni baru je pesan… esok lupa dah. Sifat manusia gitulah. Kalau takda circle yang support dia mulalah nak hanyut ke laut dalam. Ini untuk orang jenis iman dia lemah lah. Yang dah kuat tu tak perlukan motivasi orang lain pun dia bangkit je walaupun jatuh berkali-kali.
.
Point lain… kalau nak jadi jutawan harta dalam perniagaan kena gunakan strategi logik dan strategi magik. Dua ni kena ada. Nak jadi jutawan Akhirat lagilah kena gandakan amalan. Sape nak buat tuk kita? Diri sendirilah. Cabaran dia? Sooooo payah nak istiqomah.
.
NY suka ingatkan orang yang suka diingatkan.
Maaf tergarang sikit err… 😆
.
Ni tulisan pendek je. Ringkasan untuk nak bagi faham kenapa sales tak masuk. Rezeki sempit. Bisness tak jadi.
.
Terima kasih followers semua sudi follow dan support NY.
Nora Yusof

Kongsikan manfaat artikel ini di :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Perlukan Bantuan ?