Rindu Tanah Haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Alhamdulillah Allah izinkan NY sampai di sana asbab FTR. Perasaan yang luar biasa bila pertama kali melihat kotak hitam depan mata yang selama 30 tahun hanya tengok dalam TV je. Allahuakbar. Aneh rasa. Tak tahu nak describe macam mana.
.
Gambar kanan tu. Gambar masa Adelia Marissa umur 1 tahun 3 bulan. Dekat TURKI.
.
Selesai melawat turki terus ke makkah menunaikan umrah. Ada cerita tragis pasal budak kecik digi icon ni sorang waktu mama di masjid nabawi Madinah. ?
.
Masa disana, budak kecik ni jadi perhatian ramai orang disebabkan kecomelan dia tu. Ramai yang geram.
.
Tak habis orang menegur dan nak dukung dia. Tapi NY tak bagi. Sebab trauma dekat masjid nabawi tu ada jemaah dari negara jiran duk ikut NY sampai Masjid. Sebab NY rasa feel ada orang duk pandang NY tak stop. Waktu nak ambik wuduk NY akan pegang je Adelia tak lepas. Selalu berdua bersama Salha Yusof. So nak ambik wuduk kami gilir-gilir.
.
Masa NY tunggu salha nak ambik wuduk tu terus ntah datang dari mana seorang perempuan cepat dia tarik tangan NY nak ambik Adelia. Dia cakap macam ni. Mari saya pegangkan anak ini. Kamu boleh ambik wuduk. NY jadi blur tiba-tiba.
.
Sambil tangan dia tak lepas nak tarik adelia. Macam berebut anak patung gitu. Terkebil-kebil adelia tengok mama. NY pegang Adelia kuat-kuat. Berdebar.
.
Lepas tu kedengaran panggilan seorang dari jemaah wanita tu memanggil beliau untuk urusan solat segera. Tiba-tiba wanita tu lenyap dari pandangan NY di celah-celah orang ramai. Hilang macam tu je. Allahuakbar.
.
Bayangkan kalau NY bagi adelia masa tu. Jawabnya NY takkan jumpa lagi dah Adelia di tengah lautan manusia tu. Sebab orang tu NY tak kenal apa semua takkan nak bagi je anak kita tanpa tahu siapa. Bukan pasal sangka buruk ke apa. Berhati-hati tetap perlu pada orang yang kita tak kenal.
.
Dalam hidup kita ni nikmat yang Allah bagi pasti terselit ujian.
.
Ada nikmat. Adalah ujian.
.
Dimana-mana kita akan tetap diuji.
.
Begitu juga kisah NY ni.
.
Ya Allah itulah antara ujian NY masa di Makkah. Salha datang lepas dia selesai ambik wuduk. Nak tukar giliran. NY cerita dekat dia. Terkejut dia. Lepas tu memang NY berhati-hati dan minta Allah lindung budak kecik dan kami sekeluarga disana.. Alhamdulillah semuanya lancar. Syukur. Masa disana, NY perbanyakkan istigfar dan selawat sahaja. Doa moga ibadah dipermudahkan dan diterima.
.
.
Rasa rindu nak kesana lagi. NY doakan semoga antara kita yang teringin nak kesana, Allah izinkan. Dan yang pernah ke sana dijemput lagi lagi dan lagi.
.
Dikesempatan ini NY mengucapkan selamat hari raya Aidiladha. Maaf zahir dan Batin ya. ??
.
Nora Yusof.
#PenulisFTR
#FTRExclusive
#BacaBacaSENTAP.
#1JUTAPembacaFTR.
.
Aamiin ya Allah.

Kongsikan manfaat artikel ini di :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Perlukan Bantuan ?