Sebaik-sebaik tempat meluahkan perasaan adalah kepada Allah SWT

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Tadi ada tertengok video seorang suri rumah showcase penat kerja-kerja rumah. Anak baru seorang.
.
Yang kesiannya, kena kecam berjemaah.
.
Adalah beberapa orang yang positif komen. Alhamdulillah.
.
Itulah mentaliti rakyat Malaysia.
Semua benda nak kecam.
.
Hidup ni kadang tak perlu pun bandingkan diri kita dengan orang lain. Sebab mentaliti, kemahiran dan kemampuan semua orang adalah tidak sama.
.
Dia cuma nak orang faham sahaja. Jadi surirumah anak seorang dengan anak 3 sudah tentu tak sama. Lagi tak sama kalau suami jenis yang tak ringan tulang. Dari satu sisi kita mungkin ada mak mertua yang baik. Tapi dia tidak. Kita mungkin ada suami yang tak membantu. Dan dia mungkin sebaliknya.
.
Manusia ni kebanyakkannya nak penghargaan, perhatian dan ucapan terima kasih je. Berapa kerat je yang tak kisah perhatian manusia tapi nak meraih perhatian Tuhan. Hanya yang kuat mampu berdikari.
.
Tapi ramai yang lemah. Yang tak tahan. Yang tak biasa. Yang bagi kita rasa ringan tapi bagi dia berat.
.
Ada orang tahan maki. Ada orang tak tahan. Ada orang tahan tekanan. Ada orang tak tahan.
.
Ada orang lebih termotivasi bila dibuat perbandingan. Ada orang tak boleh.
.
Ada orang kena maki, bangkit dan balas dendam. Ada orang kena maki, bunuh diri.
.
Itulah manusia.
Rambut sama hitam tapi hati senstitif lain-lain.
.
NY dengan facebook ni dah bertahun menulis. Tak pernah lagi tulis benda yang kalau panjang-panjang takda point penting dan dakwah nak disampaikan.
.
Dan bukan semua paham apa yang kita tulis.
.
So buat suri rumah dan semua.
.
Sabarlah sampai mati.
Buatlah kerja sampai mati.
Jagalah anak sampai mati.
Kerjalah sampai mati.
Dakwahlah sampai mati.
.
Sebab kita akan duji sampai kita mati.
.
Dan disetiapnya ikhlaslah kerana Allah Semata-mata.
.
Jika takda orang menghargai kita. Carilah orang yang tahu hargai kita. Usah mengharap pada yang tak faham. Sebab kita akan lebih tertekan bila terluah pada orang yang salah.
.
Sebab tu sebaik-sebaik tempat meluahkan perasaan adalah kepada Allah SWT sahaja.
.
Nora Yusof

Kongsikan manfaat artikel ini di :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Perlukan Bantuan ?