Allah ni kalau nak beri sejuta sorang dekat 32 juta rakyat Malaysia ni apalah sangat kekayaannya tu.
.
Boleh sangat. Rezeki Allah ni dah tersedia dah dekat bumi ni. Berbillion. Bukan setakat satu juta. Tapi bertrillion bukan berbillion aje. ?
.
Maksudnya banyak melampau. Tinggal kita je nak usaha dapatkan atau tidak.
.
Ramai yang selalu dengki dengan rezeki orang lain yang dapat banyak. Tak senang dengan kemewahan orang lain. Kita kata kenapa mereka mudah dan kenapa kita payah.
.
Kita nampak mudah sebab mereka tak cerita yang susah. Tunjuk yang indah-indah. ?. Struggle kat belakang mana orang nak ambil tahu ?
.
Mereka dapat sebab mereka usaha. Mereka upgrade ilmu. Mereka buat tindakan. Mereka rajin. Sebab tu mereka dapat.
.
Kita kalau nak kekayaan tu mintaklah dengan Allah. Bukan iri dan dengki dengan sahabat kita yang kaya berjaya daripada kita. Dia dapat pun sebab Allah yang beri. Bisness mereka berjaya pun sebab Allah yang beri kerana kesyukuran mereka. Kerana sedekah mereka. Kerana taubat dan istighfar mereka. Kerana zakat mereka. Kerana sabar mereka. Kerana selawat mereka dan kerana usaha mereka. Banyak sebab rezeki ni nak datang pada kita.
.
.
Mintak pada Allah. Kalau rasa kita belum laju rezeki macam sahabat-sahabat kita jangan cepat sangat nak sedih. Percaya dan yakin tambah usaha konsisten komited lambat laun rezeki kita sampai jua.
.
Usah compare rezeki kita dengan rezeki orang.
.
Tapi compare usaha kita dengan usaha orang. Dan compare juga diri kita dengan diri kita yang semalam. Setiap orang ada kemampuan masing-masing. Berlumbalah dengan diri kita sendiri. Hari ni lebih baik dari semalam. Esok lebih baik dari hari ni. Lusa lebih baik dari esok.
.
Orang lain? Kita bersihkan hati kita dan doakan mereka terus berjaya dunia dan akhirat. Bukankah kita mendoakan orang lain, doa itu kembali kepada kita. Kalau buruk doanya. Buruklah kembali kepada kita. Kalau baik doanya, baik jualah kembali kepada kita.
.
.
Semua ni adalah pinjaman dari Allah. Ia juga ujian dari Allah. Nikmat itu diberi berserta ujian. Kekayaan itu disertakan ujian. Miskin itu disertakan ujian. Ada anak itu disertakan ujian.
.
Nikmat pasti bersama ujian. Allah menguji semuanya. Sama ada kita lulus atau sebaliknya.
.
Usah iri. Tapi belajar untuk bersyukur dan terus bersyukur.
.
Sesungguhnya sangat sedikit dalam dada manusia itu rasa syukur. Jadilah kita dalam kalangan yang sedikit itu. Iaitu bersyukur selalu.
?
.
Nora Yusof.
#FTRExclusive
#BacaBacaSENTAP
Sesungguhnya sangat sedikit dalam dada manusia itu rasa syukur
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Kongsikan manfaat artikel ini di :
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin