Tegur tu kan tanda sayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Tegur benda yang salah atau tak betul bukan bermakna menidakkan benda yang betul dan baik yang pernah dibuat. Yang baik, yang betul, yang okey kita terimalah. Takda isu pun. Takkan nak puji melampau-lampau pulak.😅
.
Kita kenalah terima kalau benda tak betul yang kita buat, orang ada tegur. Sebab hakikat manusia tu memang ada buat silap. Kita tak perasan, orang lain yang perasan. Dalam banyak-banyak benda betul kita buat. Mesti ada satu dua yang silap. Memang lumrah macam tu. Jarang sangat tak buat silap langsung. Ada bukan takda.
.
Tegur tu kan tanda sayang. Mana salah, silap perbaiki. Bukan jauhkan diri. Bukan marah orang. Patutnya berterima kasih ada orang sudi nak tegur dan ingatkan kita.
.
NY cuma ingatkan. Kalau tak faham baca 10x sampai faham apa-apa posting NY. Sebab kefahaman setiap orang ni tak sama.
.
Selamat malam. Jangan lupa 3 qul. Ingatan untuk NY sendiri jugak.
.
Cinta Allah dan Rasul itu lebih utama. Semoga diampunkan dosa-dosa kita. Aamiin ya Allah ya mujib..
.
Nora Yusof

Kongsikan manfaat artikel ini di :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Perlukan Bantuan ?