Tentang Kami

FTR SMART SOLUTION SDN BHD adalah sebuah syarikat penerbitan buku. Buku-buku yang diterbitkan adalah buku-buku ekslusif genre motivasi dan perniagaan. Selain itu, ia adalah sebuah syarikat yang beroperasi dan menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran tentang pemasaran dan penulisan perniagaan melalui seminar dan pusat latihan. Syarikat ini secara rasminya berdaftar pada 4 Julai 2018. Iaitu didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan no pendaftarannya 1237456-X. Berpusat di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.

Sebelum FTR SMART SOLUTION dibuka, perniagaan buku ini dikenali dengan nama MS&NY Home ENTERPRISE pada tahun 2014. Penulisan buku pertama dikarangkan oleh penulis adalah pada 2009 dalam bentuk ebook. Perniagaan ini bermula daripada rumah dan secara atas talian sahaja (online). Pada 2016, MS&NY Home Enterprise telah mencapai jualan 6 angka sebulan. Penulis mengambil keputusan untuk bergerak lebih jauh dan lebih tinggi serta lebih serius dengan menukarkan status perniagaan kepada persyarikatan pada 2017.

Pada 2016, buku FTR edisi yang pertama berjaya diterbitkan iaitu 111 Formula Tarik Rezeki. Tahun-tahun sebelum, hanya dijual di dalam bentuk ebook iaitu dengan tajuk atau nama lain sebagai “Menghidupkan hati yang mati’ dan ‘70 Formula Tarik rezeki’. Penulis berkongsi ilmu inspirasi ketuhanan #AlwaysBackToALLAH dan rezeki yang berkesan, mengupas isu-isu kehidupan dengan bahasa santai serta mudah difahami dengan keunikan dan identiti tersendiri iaitu #BacaBacaSENTAP. Empat buah keluaran best seller buku FTR terkini antaranya, buku 111 Formula Tarik rezeki, 15 Rahsia Asas Rezeki, 17 Formula Tarik Rezeki. Buku-Buku ini telah mendapat kelulusan Pusat dakwah Islamiah Negara Brunei Darussalam.

FTR SMART SOLUTION telah mencapai jualan satu juta yang pertama pada tahun 2017. Pada 2018, jualan buku telah mencecah lebih 1.3 juta. Dengan jumlah pembaca yang telah melebihi 16 ribu orang. Kini mempunyai seramai 12 orang kakitangan/staf. Berkonsepkan stokis-agenaffiliate-droshipper. Mereka ini merupakan pembaca buku-buku FTR yang komited untuk membantu menyebarkan kebaikan FTR ke seluruh dunia. Seramai 34 stokis, 410 agen affiliate dan 1293 orang dropshipper telah sah berdaftar bagi mencapai misi visi syarikat iaitu #MenulisKESyurga bagi melahirkan generasi ummah yang kaya jiwa melalui akhlak dan budaya membaca supaya celik ilmu cemerlang dunia akhirat.

Perlukan Bantuan ?