Tentang Penulis

Nama penulis diberi, Nora binti Yusof, dilahirkan di Besut, Terengganu, berumur 35 tahun pada 2022 ini. Memegang jawatan Pengarah Urusan FTR Smart Solution Sdn Bhd (1237456-X) yang mula beroperasi pada tahun 2017. Tahun 2016 perniagaan masih lagi berstatus Enterprise. Jualan buku FTR sudah melebihi 1 juta setahun. Pada tahun 2016, jualan buku FTR hanya sebanyak Rm89000 setahun, meningkat kepada 1 juta pertama pada tahun 2017 dan hampir 1.3 juta pada oktober tahun 2018.

Penulis merupakan seorang OKU pendengaran yang berdaftar dengan kebajikan masyarakat dan memakai alat bantu dengar dikedua-dua belah telinga sejak disekolah rendah. Mendengar dan berkomunikasi dengan orang ramai menerusi bacaan LIPS reading dan alat bantuan. Dilahirkan pada 9 januari 1987. Merupakan anak ke 7 daripada 8 beradik. Ibu dan ayah bekerja sebagai petani dan penoreh getah. Bukan dari latar belakang keluarga yang berniaga.

Mula menjebakkan diri dengan bidang perniagaan ketika menuntut di UKM pada tahun 2009 dengan bermula sebagai agen dan dropship baju serta jual topup. 4 Tahun berniaga tanpa MENTOR atau guru Bussiness. Mendapat Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jabi. Kemudian di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Renek. Disebabkan sakit dan kemalangan semasa peperiksaan SPM, tidak berjaya melanjutkan pelajaran ke mana-mana insitusi pengajian tinggi. Meneruskan pelajaran ke peringkat menengah atas iaitu tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nering selama dua tahun. Alhamdulillah keputusan peperiksaan STPM melayakkan penulis melanjutkan pelajaran ke peringkat IJAZAH di UKM selama 3 tahun pada 2007-2010 dalam bidang Linguistic (Bahasa). Lulus dan melanjutkan ke peringkat Master pada 2010-2012 juga di UKM dalam bidang yang sama iaitu kajian SINTAKSIS Bahasa. Minat menulis berkaitan motivasi sudah dipupuk ketika di universiti lagi.

Bagaimana FTR bermula?

Dulu…

Masa mula-mula nak menulis, tiada siapa sudi pandang saya, sambut huluran salam dari saya. Baca FTR ni belum lagi. Dah tolak mentah-mentah proposal (ebook) saya. Saya cuma mintak review.  Bukan saya cas pun masa tu. Mereka hanya kata ‘Nak tulis tentang agama ni mesti punya kelayakan (maksudnya kena ada sijil tauliah dari mana-mana universiti atau memegang jawatan yang berkaitan.’ Remuk perasaan saya. Tapi saya tahan dan senyum nipis. Saya tak setuju dalam hati.

Jom kaji dan nilaikan, jika nak tulis tentang kebaikan, motivasi, dakwah, nasihat perlukan tauliah, nescaya takkan ada manusia yang layak berdakwah. Nescaya ibu dan ayah tidak layak menegur. Kerana ibu dan ayah saya tak berpelajaran tinggi. Berapa keratlah yang ada PHD nak menulis, nak berdakwah. Tunggu PHD sahaja belajar nak dekat hampir 10 tahun. Sebab saya degree dan master sahaja dah 5 tahun belajar di UKM. Berapa tahun Islam akan ambil masa untuk berkembang kalau macam ni lah gaya? Tauliah itu bonus dan lagi baik jika ada. Saya tak nafikan. Tapi dah kalau takda nak buat macam mana? Saya perlu berhenti dakwah? Ke macam mana? Sesekali tidak akan.

Bertalaqqi (berguru) itu perlu bila melibatkan bab Al-Quran dan Hadis. YA! Saya juga sangat setuju. Yang ini sangat perlu mengadap Tuan guru. Supaya tidak tersesat dan salah faham. Hadis yang dimasukkan dalam buku ini adalah dipetik daripada sumber bacaan buku, ceramah ustaz dan di tv. Bukan saya memandai-mandai masukkan sendiri tanpa dirujuk terlebih dahulu. Jika ada sebarang kesilapan mohon tegur saya dengan niat mahu menambahbaikkan isi FTR. Beberapa hadis dimasukkan adalah kategori mudah faham, tujuan dimasukkan dalam buku ini adalah sebagai sandaran /panduan bagi kita supaya dapat menguatkan lagi hujah dan karangan saya tentang isu yang sedang dikupaskan. Setakat bab motivasi, pengalaman hidup, bab bisness dan bab adab rasanya tiada masalah. In Shaa ALLAH. Semoga yang lebih arif melihat dari sudut pandang yang baik.

Ya, saya memang takda kelayakan beragama dari sudut sijil dan akademik. Tidak lulus dari universiti Mesir pun. Saya hanya lulusan dari UKM. Antara Universiti terbaik dalam MALAYSIA adalah UKM. Saya hanya belajar ILMU dunia. Iaitu ilmu bahasa. Dan ilmu itu saya gunakan untuk membantu ISLAM. Fahamkan Islam. Bantu orang lain fahamkan Islam. Sebab itulah kerja saya menulis. Cuba menghuraikan bahasa rumit dan kompleks yang rakyat marhain tak berapa arif/ faham ke dalam bahasa paling ringkas untuk mudah faham agama. Itulah misi visi saya. Semoga ALLAH redha. Aamiin.

Saya aplikasikan apa yang saya belajar untuk menyumbang pada agama, bangsa dan ummah. Saya gabungkan ILMU dunia dan akhirat di dalam satu adunan. Maka lahirlah FTR. Ilmu menulis dan membaca saya belajar dari peringkat rendah sehingga universiti dan saya mempunyai tauliah peringkat Master. Bab agama? Saya belajar dari peringkat rendah, menengah dan sedikit di universiti dalam kursus TITAS. Tamadun Islam. Kemudian saya berguru dengan buku, pengalaman hidup (guru paling baik) baca semua sejarah Islam. Sejarah Imam 4 mazhab, Badiuzzaman Said Nursi (Ulama Turki), ceramah tv Ustaz Kazim Elias, Ustaz Elyas Ismail, Ustaz Azhar Idrus, lain-lain, radio dan banyak lagi. Buku solusi saya berkotak-kotak.

Buku solusi itu adalah hasil karangan dan panel oleh Dr. Zahazan dari telaga biru, Ustaz Pahrol Juoi dan ramai lagi panel hebat). Apa salah saya belajar dari bacaan sedangkan membaca itu juga sumber ilmu? Takkan membaca pun nak kena pergi tuntut sijil? Agak-agaklah.

IQRA. Bacalah. Ilmu yang dapat daripada sumber membaca itu disebut di dalam Al-Quran. Bermakna membaca itulah tauliahnya. Adakah kalian menafikan ilmu dari dapatan membaca? Bermakna anda nafikan perintah Allah, IQRA.

Sebab saya bukan budak tadika yang baru nak belajar membaca ABCD. Alhamdulillah, Saya sudah belajar menulis membaca seawal umur 7 Tahun sampai peringkat master. Jadi, saya boleh baca apa sahaja secara berdikari sendiri untuk faham skop. Itu latar belakang saya.

Kalau belajar agama tu kena menuntut dihadapan guru, kena mengadap guru semata. Apa gunanya teknologi? Tv radio, pencetakan? Apa gunanya semua itu jika kita tak dapat nak manfaat? Apa faedahnya ustaz buat ceramah kat tv tu kalau nak belajar agama pun kena mengadap guru semata? Kalau macam tu, baik takpayah dengarlah ceramah melalui tv tu semua. Apa faedahnya ustaz tu buat ceramah melalui tv? Itu teknologi kita juga dipanggil berguru. Asalkan namanya dapat ilmu.

Orang dulu betullah nak belajar mengadap guru. Masa tu mana ada teknologi macam sekarang. Takda tv. Takda radio. Takda wayar telefon pun. Pensyarah saya dari luar negara mengajar kami melalui skype chat sahaja masa kami dekat universiti. Adakah itu dikatakan tak berguru? Bergurulah tu. Walaupun melalui sms sekadar. Tujuan kita boleh jimat masa, tenaga dan banyak kos. Penerimaan ilmu sama ja. Kalau pergi mengadap guru, tapi satu pelajaran pun tak faham, salah guru tu yang mengajar ke? Kefahaman itu milik Allah sama ada belajar terus dengan guru mahupun perantaraan teknologi sekadar. Manfaatkanlah.

Macam juga buku. Ia medium untuk sampaikan ILMU, sama fungsinya dengan tv, radio, sms, wasap, telegram, teknologi semua tu. Ia juga namanya anda berguru dengan penulis. Kita perlu belajar dari semua orang kerana setiap orang mempunyai rahsia dan pengalaman hidup yang berbeza. Kesakitan tu Allah hanya saja tahu bertapa saya berharap mereka baca dan nilaikan dulu walau sekalipun saya tiada kelayakan. Termasuklah anda yang sedang membaca ni. Baca sampai habis.

Begitulah agaknya Rasulullah yang ummi. Tak berpelajaran. Takda sijil, tak reti baca, tak reti tulis. Tapi dia dipilih Allah untuk membawa amanah yang berat. Semua orang kata baginda gila.

Itulah yang Rasulullah rasa bila orang kata dia macam-macam. Hina, maki, nak kena bunuh. Kerana mahu sebarkan Islam. Mempertahankan Islam. Semua orang marah dia. Macam manalah Rasulullah tahan perasaan dia untuk teruskan. Kita pun dah rasa sakit down bila kena reject. Boleh bayangkan?

Betul,

Saya bukan pakar hadis.

Saya juga bukan guru agama.

Saya juga bukan ustazah.

Saya cuma seorang penulis yang belajar Ilmu menulis dari peringkat sekolah sehingga universiti. Belajar lagi sampailah Master dalam bidang bahasa macam saya beritahu diawalnya tadi. Saya berusaha asah bakat menulis 8 tahun lamanya. Menulis berkait dakwah, berkait agama, berkait nasihat. Saya belajar berguru melalui pembacaan, pemerhatian, pengalaman, televisyen, radio, ceramah dan hasil berguru dengan beberapa guru bisnes. Kalau ceramah di Internet,  saya suka dengar Ahmad Dedat, Zakir naik, Yusuf Estes, dan ramai lagi. Saya akan dengar dan ambil yang baik. Buku-buku sejarah Islam tulisan Abdul Latip Talib adalah kesukaan saya. Semua koleksi saya ada dan khatam. Persoalan masa kini Ulama Dunia Dr. Yusuf Al-Qaradhowi juga bahan bacaan saya. Setiap hari telinga saya akan saya dendangkan alunan Al-Quran bermula dari saya buat kerja sehinggalah habis saya buat kerja. Itulah rutin saya tanpa siapa tahu. Walaupun sekerat hari, saya akan isikan masa lapang saya dengan membaca input ilmiah begitu. Allah beri faham agama kepada sesiapa yang dikehendakinya. Tidak semestinya guru agama. Maksudnya sesiapa sahaja.

Saya hanya menggunakan bakat penulisan (yang saya belajar di universiti dalam bidang bahasa) untuk saya mudahkan olahan bacaan berat yang saya baca, yang saya faham dalam bahasa paling mudah faham buat rujukan ummah yang sikit sekali minat membaca. Sibuk dan tiada masa membaca. Seperti yang saya katakan tadi, saya tiada sijil tauliah agama dari mana-mana unversiti pun. Saya hanya seorang sarjana (pemikir) yang belajar bagaimana memahami sesuatu dalam bentuk mudah. Jika anda seorang yang belajar tinggi agamanya dan lebih arif, silalah tegur dan perbetulkan saya dengan hikmah jika penyampaian saya salah tentang kupasan dan olahan berkaitan isu atau fakta islamik yang dibawa. Bukannya isu penggunaan bahasa. Selagi ia tidak bertentangan, usahlah kalian menghalang usaha saya memberikan kebahagiaan dan kemanisan buat ummah untuk beribadah kepada Allah SWT melalui teknik penyampaian saya yang tersendiri. Testimoni terbukti berjaya. FTR dilihat sangat berkesan. Setakat yang anda baca ini, FTR telah terjual lebih 9000 unit setakat mei 2018. Dan dalam kalangan pembaca ini rata-ratanya mereka yang berpendidikan tinggi. Doktor, pensyarah, peguam dll.  Alhamdulillah. Marilah sama-sama kita panjatkan syukur kepada Allah. Kerana FTR membantu memberikan solusi terbaik buat masalah ummat hari ni yang sangat sakit. Tqqq kerana mendoakan. Nora Yusof #MenulisKEsyurga.

Perlukan Bantuan ?