Tinggalkan dunia dan pergilah kepadaNYA

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Allah memberi kita 86400 saat sehari.. banyakkan masa?
.
.
Cuba kita tukarkan saat ini kepada duit?
.
Apa yang anda nak buat jika dapat duit sebanyak ini?
.
.
Gembirakan? Banyaknya DUIT!. kena habiskan dalam satu hari pulak tu. Esoknya dapat lagi. Jumlah yang sama.
.
Anda mesti habiskan duit sebanyak ini terus dalam masa sehari. Apa anda nak buat?
.
.
Bertapa pemurahnya ALLAH beri banyak masa untuk kita. Tapi adakah sesaat itu kita bayar untuk berada denganNYA dan mengingatiNYA?
.
.
Dan adakah kita sesaat pun mengucapkan rasa terima kasih kepadanya?
.
Dia cuma minta 5 waktu sahaja sehari untuk bercinta dengannya, itupun janji terlambat tunai (tak tepat waktu), Cincai-cincai, 5 minit, SIAP! Apatah lagi nak dating overtime (solat sunat)? Betul Betul?
.
.
“Demi masa, sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh yang saling berpesan-pesan kepada kesabaran dan kebenaran” Al-ASR,
.
.
Fikirlah.
.
.
Tinggalkan dunia dan pergilah kepadaNYA, dia akan berikan kesenangan dunia dan akhirat kepada kita.
.
.
Kita sibukkan urusan dunia, tinggalkan DIA. maka dia beri kita susah supaya kita ingat dia. Kerana DIA maha tahu, tanpa DIA, kita takkan mampu berdiri sekalipun.
.
.
Kembalilah kepada yang asal. Siapa yang menjadikan segala dan semua ini?
.
.
Merintihlah, sujudlah, syukurlah kepadaNYA.
.
Tulisan ini sebahagian daripada ebook ke-5 saya.
.
Nora Yusof.

Kongsikan manfaat artikel ini di :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Perlukan Bantuan ?