Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT. Atas keizinan-Nya, program live ringkas anjuran Bajanas telah dilangsungkan pada Khamis 11 Februari 2021 kelmarin.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Nas selaku Founder Bajanas dan seluruh Team Bajanas, atas kesudian mempelawa FTR Exclusive, khususnya Cikgu Nora dan Tuan Syairazi sebagai tetamu bual santai pada program Fb Live kali ini.
Banyak input menarik yang boleh kita ambil pengajaran dan aplikasikan dalam rutin seharian. Topik perbincangan kali ini tertumpu kepada budaya kerja atau working lifestyle.
Daripada sesi soal jawab yang telah berlangsung, antara point yang ditekankan ialah attitude kerja yang cemerlang. Bermaksud, sebagai pekerja, tanggungjawab perlu dijalankan sebaik mungkin. Pelbagai tips dan kaedah yang boleh dibudayakan, seperti laporan harian, sesi 1 to 1, energy booster setiap pagi dan lain-lain. Namun keutamaannya tetap kepada nilai tanggungjawab dan attitude yang baik yang perlu seseorang pekerja terapkan dalam diri.
Budaya kerja lahiriah boleh dirancang, tetapi kejayaan perlaksanaannya tetap bergantung kepada nilai dalaman atau batiniah individu. Maka satu perkara yang paling utama dan sentiasa utama ialah berbalik kepada kefahaman tentang agama, tentang kekuasaan Allah SWT.
Allah sentiasa nampak apa yang kita lakukan. Allah sentiasa menilai usaha dan kerja kita. Allah sediakan reward pahala dan punishment dosa. Allah juga sediakan nikmat syurga dan seksaan neraka. Allah
memberi amaran tentang kerberkatan rezeki. Allah beri amaran tentang keutamaan mencari redha-Nya. Hidup, bekerja, berusaha, beribadah, semuanya diniatkan hanya untuk Allah SWT.
Inilah pengajaran terbaik untuk sentiasa diberi kefahaman dan ingatan kepad kita semua. Bila hati dan minda memiliki kefahaman sebegini, semua peraturan duniawi mudah dipraktik dengan baik.
Seterusnya, dibincangkan juga tentang konsep yang sama popular, iaitu kebergantungan kepada Allah SWT semata-mata. Maka berbahagialah mereka yang sentiasa meletakkan jiwa raga kepada Allah yang Maha Perkasa.
Roadblock dalam kerja sentiasa ada. Dalam perniagaan, untung dan rugi sentiasa bersilih ganti. Maka kita berusaha sedaya upaya dan kebergantungan utama tetap kepada Allah. Isu pekerja juga sentiasa ada, mungkin ada yang tidak dapat berkhidmat lama. Tetap urusan tersebut sewajarnya tidak melemahkan kerana adanya kefahaman bahawa Allah yang memegang hati manusia, dan segala rencana manusia yang datang dan pergi tetap dalam kekuasaan Allah yang Maha Sempurna. Tidak semestinya baik pada penilaian kita, tetapi hakikatnya sangat sempurna pada perancangan Allah SWT.
Semoga perniagaan dan perusahaan Bajanas sentiasa dirahmati, terus sukses dan melangkah lebih jauh. InsyaAllah ada rezeki FTR dan Bajanas boleh berkolaborasi lagi. Terima kasih daun keladi daripada kami di FTR Exclusive.