.
.
saya tidak mahu melukakan hati sesiapa. maka Ya ALLAH berikanlah aku ILHAM mengarangkan ini dengan kebijaksanaan kurniaanmu wahai zat yang maha mulia. aamiin..
.
.
Bismillahirrahmanirrrahimm…
.
.
Penting tak keberkatan dalam hidup? Sudah tentulah!
.
.
bercakap bab keberkatan ni saya mahu mengulas berkaitan ini soal hak milik dan keizinan.
.
.
Biasanya anda beli buku kat kedai kan, buku printed tuhlah..
.
Di awal mukasurat jelas dan terang ditulis :Dilarang ulang cetak membuat salinan sebelum mendapat keizinan daripada penulis atau pihak penerbit.”
.
Betul? Tapi kita sering abaikan tu bukan? Alaaah.. takda apa kot. boleh je. ramai je buat. lagipun dia kasi baca, bertambah pahala dia.
.
.
Ya pahala bertambah= Duit akhirat dia
Duit RM dunia dia?= Tak bertambah
.
sesuka je orang ambil dan baca percuma buku dia tanpa dapatkan secara sah.
.
Jadi dimana dikatakan kesenangan dunia kepada dia (penulis)
.
DUIT RM= Kesenangan dunia (hasil jual buku)
DUIT PAHALA= Kesenangan akhirat. (berkumpul)
.
Jadi di mana keseimbangan kesenangan dunia dan akhirat dia?
.
jadi bila kesenangan dunia untuk dia akan berkembang? Dia hanya senang di akhirat. tapi dunia, dia jadi susah sebab tak dapat hasil daripada kerja penulisan dia. 🙂
Dunia dan akhirat itu dua perkara yang berbeza juga kehidupan yang berbeza.
.
Bagi mendapat akhirat kita perlu dapatkan dunia. Begitu juga sebaliknya.
Itulah namanya kesenangan dunia akhirat.
Bezanya dunia guna duit RM. Akhirat guna duit pahala.
Di dunia hanya dengan RM baru kita dapat menikmati kesenangan. :). Habis dah kalau kita duk ambik percuma je buku dia jual. Tang mana nak datangnya Rm? Pahala dia memang dapat sebab orang baca beramal. Itu untuk kesenangan akhirat nanti. Tak kena mengena dengan dunia. Tanpa duit RM, Dia boleh hidup dengan senang ke? Sedangkan menulis tu juga kerja yang memerlukan kos yang bukan sikit 🙂
.
Faham ke?
.
.
Salah satu rosaknya tamadun manusia inilah salah satu faktornya.
.
Ya lah.. dah habis tu pelajar-pelajar U tu macam mana pulak? nak belajar dah lah buku bapak mahal. Nak senang semua kopipotostat je. Pensyarah ramai je buat camtu.
.
.
Ya saya dulu juga pernah buat di zaman jahil
.
.
Ya laa.. beratus-ratus kot harga dia. Perpustakaan kan ada boleh pinjam. Masalahnya library kan pinjamnya limited. Berapa hari je. Jadi semua orang potostat jelah. Apa masalahnya?
.
.
Masalahnya ialah.. adakah kita pototstat tu sudah mendapat keizinan penulis dan penerbit? Tak pernah cuba mintak izin kan? kita main andai je diorang benarkan. Kalau benarkan buat apa dia kasi amaran awal-awal di mukasurat pertama? Habis tu dah kalau penulis tu luar negara sana macam mana nak mintak izin? Senang je. jangan potostat. Dapatkan original. selesai tak?
.
.
🙂
.
Cakap senang lah dah lah mahal semuanya. Kalau ada orang yang mampu beli kenapa kita tak boleh? Keluar pergi pizza hut, beli KFC dengan kawan-kawan, berjalan situ sini. henfon mahal-mahal guna biasiswa boleh je. Dan lagipun kita cukup kaki tangan untuk usaha dapatkan duit beli bukan? Masih ada lagi alasan?
.
Manusia memang suka cipta alasan kalau nak mudah. Ya kan?
.
.
Tau tak… yang halal tu nak menuntut ILMU tapi jadi haram bila caranya salah. Benda halal, tapi jadi haram puncanya sikit je. cara dapatkan. Maka sebab tu hilang keberkatan menuntut ILMU.
.
Tak faham pelajaran.
rezeki bocor sana-sini.
Graduate pun kerja tak dapat-dapat.
Belajar ingat setakat peperiksaan je.
Straight A, 4.00 Flat tapi bila tanya bab rukun solat ada berapa perkara pun gagal. acaner?
.
.
Apa nak buat?
taubatlah.
.
Kenapa macam tu nora yusof ni.
.
nak tahu kenapa saya boleh tulis macam ni…
Sebab bila saya khatam imam 4 mazhab, tahu tak apa yang paling dipentingkan? Keberkatan.
.
Imam hanafi, dia punya tahap halal sebab start dapat tahu tulang kambing yang dibuang ke dalam sungai hasil curi, langsung terus tak makan ikan selama 6 tahun. Padahal punya besar sungai tu. mana nak tahu ikan mana satu makan sisa kambing tu. bole je nak makan kan ikan padahal kan?
.
.
Fikirlah.
.
Dalam hidup kita ni. Terlampau banyak sangat kesalahan-kesalahan yang kecil yang lama-lama bernanah membiak menjadi kanser yang merosakkan tamadun ISLAM hari ini. 🙂
.
.
Nora Yusof.