Yakinlah Rezeki Itu Daripada Allah SWT

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

[TENGOK BISNESS ORANG LAIN MASSYUKk]
.
Nampak bisness tu maju, bisness ni pulak masyuk. Lalu lalang di highway fesbuk ni tanpa henti bila duk skrol-skrol tu hati mula terdetik.
.
“Bestnya bisness tu. Rasa macam nak buat bisness tu jugak lah.” skrol lagi, nampak bisness lain pulak. Nampak maju je. Team mereka macam masyuk je. Rasa geram tengok parcel dan komen-komen mereka. Semua benda mula rasa nak join dan nak jual.
.
Bila kita tengok bisness orang lain rancak. Bisness kita pula tak rancak mana pun. Kita rasa susahnya nak jual produk kita. Tengok orang lain apesal senang je masyuk? Kita mula goyah dan berbelah bagi. Rasa nak lompat bisness.
.
Kepada sesiapa yang ada rasa sebegini terutamanya anda yang membaca ni. Tidak salah anda rasa begitu. Itu lah tanda anda manusia normal. Mudah mahu terikut-ikut sebab semua benda orang lain buat nampak macam mudah je, macam senang je.
.
Tapi awas. Jangan anda hilang fokus. Kalau anda rasa bisness anda buat sekarang tak best. Susah nak masyuk. Percayalah. Mereka yang buat bisness pada peringkat macam anda dulu pun susah nak masyuk. Sebab kejayaan itu ada proses dia. Kena banyak sabar.
.
Lihat dengan pandangan yang penuh syukur dan positif mindset. Ucapkan Alhamdulillah bisness orang Melayu Islam makin maju. Suka tengok mereka. Dan berdoalah “Ya Allah jadikanlah bisness kami juga maju sama seperti mereka. Semoga bisness mereka lebih maju. Aamiin Ya Allah ya Wahhab”.
.
Belajar untuk melihat dengan sudut pandang yang mulia. Mendoakan sesama kita. Tidak perlu iri sampai nak lompat dan terjun dalam bisness mereka pula. Ia tetap proses yang sama. Anda tetap perlu buat iklan cari orang untuk beli dan sebagainya. Tiada yang senang.
.

.
Apatah lagi anda yang berada di jalan dakwah FTR. Nama pun dakwah. Sudah tentu tak mudah..
.
Ganjaran hebat untuk orang yang bersyukur dan bersabar di jalan dakwah mengajak manusia #turnbacktoAllah.
.
Sales down bila kita mula hilang fokus dan juga kurang ilmu menjual dengan betul. Kena sentiasa upgrade dan invest untuk dapatkan ilmu. Buat duit 4 angka tak sama dengan 5 angka. 5 angka tak sama dengan 6 angka. Cabaran dan peringkat ilmu yang berbeza.
.
Jangan salahkan produk. Tapi salahkan diri kita sebab gagal. Produk dah tiptop. Ribuan testimoni. Kalau orang lain boleh jual dengan mudah, kenapa kita tak? So maknanya kita yang bermasalah, bukannya produk. Orang gagal memang selalu suka menyalahkan benda/orang lain dulu.
.
Lompatlah banyak bisness pun tapi kalau sikap kita serupa je macam tu, tetap tak ke mana. Sebab sikap lah penentu kejayaan yang terbesar.
.
Fokus buat sampai jadi jutawan.
.
Nora Yusof.
#Penulis_FTR

Kongsikan manfaat artikel ini di :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Perlukan Bantuan ?