Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Jika rumahtangga diuji dengan.
.
1. Pasangan curang
2. Pasangan tak bekerjasama
3. Anak-anak
4. Kewangan tak stabil
5. Pasangan tak solat
6. Pasangan ego tak boleh ditegur
.
Tak kira suami atau isteri… bersabarlah. Jangan sesekali fikir untuk bercerai.
.
Kerana jalan cerai itu adalah hasutan syaitan yang kemuncak untuk merobohkan masjid dibina.
.
Diam dan usah bergaduh. Masing-masing mestilah…
.
Mula tenangkan diri dengan banyak mengingati Allah.
Mula dekatkan diri kepada Allah.
Mula betulkan niat kerana Allah.
Mula letakkan kebergantungan hidup hanya kepada Allah.
Mula muhasabah diri dan memohon keampunan Allah.
Mula perbaiki khusyuk dalam solat.
Mula serahkan rasa kasih dan cinta hanya kepada Allah bukan kepada makhluk.
.
Hidup kita akan direpair oleh Allah dengan membolak balikkan hati pasangan kita mengikut kehendaknya dan kehendak kita. Doa kita akan dimakbulkan satu persatu.
.
Allah menguji kerana mahu kita kembalikan hati kita kepadanya. Hati kita Allahlah pemiliknya. Maka yang diuji dan sedar akan “signal” sangatlah bertuah kerana Allah begitu mencintainya.
.
Sebaliknya…Jika kalian diuji, tapi tak sedar dan makin jauh dari Allah tanda anda tidak faham “signal” dari Allah. Hanyutlah…kerana tidak mendapat petunjuk.
.
Hidup ini memang pentas ujian.
.
Allah menghitung 4 perkara ini pada diri kita.
.
1) Sabar
2) Redha
3) Ikhlas
4) Syukur
.
Siapa yang sabar maka ia beruntung.
Siapa yang redha maka ia beruntung.
Siapa yang ikhlas maka ia beruntung.
Siapa yang syukur maka ia beruntung.
.
Jadilah orang-orang yang untung. 😇🥰
.
InshaaAllah ahli syurga semuanya para isteri dan suami yang diuji. Aamiin. Tabah dan bertahan kerana Allah ya. 🥰
.
Nora Yusof.

Kongsikan manfaat artikel ini di :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Perlukan Bantuan ?