USAHA TAKDA HASIL?
========
Bila Allah uji usaha takda hasil.
RAMAI akan pilih jalan keluar ni..
1. Buat benda lain
2. Stop buat apa dia dah buat
3. Tak konsisten buat dan terus putus asa.
4. Salahkan orang lain.
Choose from the best and most affordable replica watches on etareplica.sr
When you are looking for the best looking replica Rolex watches in the UK you can go to ROLEXCopies.me to search
HUHUHUHUHUHU
Jarang dia nak buat benda ni bila diuji.
1. Cek kenapa usaha tak jadi
2. Tak putus asa cuba lagi
3. Konsisten buat apa dia buat
4. Upgrade ilmu lagi bagi jadi apa yang dia sedang buat sampai menjadi.
5. SABAR dalam melalui proses kejayaan.
Dan… dia akan terus bermula dan bermula dan bermula untuk buat perkara baru setiap kali.
Sebab bagi dia, buat satu perkara, usaha dia yang tak seberapa tu dah cukup untuk capai target dia. Bukan dia nak cek kenapa usaha dia asalnya menjadi lepas tu tak menjadi. Dia tak kaji dan tak muhasabah diri. Lagi teruk bila dia tak mahu berubah.
Rugi bagi orang yang dah berusaha separuh jalan terus tinggalkan sesuatu yang dia buat kerana tak boleh menerima perubahan.
NY adalah orang yang no 2.
1. Sentiasa cek apa tak jadi
2. Tak pernah putus asa dari rahmat Allah
3. Konsisten buat apa yang NY percaya
4. Sentiasa upgrade ilmu belajar apa yang tak tahu dan tambah baik.
5. Sentiasa bersabar dan percaya dengan matlamat yang nak dicapai.
Bukannya p buat benda lain.
.
Kalau macam tu lah kaedahnya. Bila kita nak ada pengalaman handle masalah? Pengalaman handle cabaran? Pengalaman handle tekanan? Proses nak jadi pakar? So bila kita nak makin berjaya? Bila kita nak jadi mahir dan terbaik?
.
Sebab asal ada masalah dan tekanan je kita lari. Kita stop. Kita stuck.
.
Sedangkan cabaran tulah mematangkan kita. Masalah tulah memahirkan kita. Kesukaran tulah buatkan kita jadi lebih kuat. Tekanan tulah yang melantunkan kita naik setinggi awan.
.
Disaat Allah uji usaha kita tak berhasil itulah saat sebenar Allah nak tengok sejauh mana iman kita yakin rezeki itu datang dariNYA. Bukan datang dari usaha kita.
Disaat NY diuji begini setiap kali… caranya adalah… keep teruskan usaha dan bertawakal serta berserahlah pada Allah atas usaha tersebut semoga DIA memberkatinya sehingga berhasil mengikut kehendakNYA. SABAR DAN TERUS MELANGKAH KERANA REDHANYA. Buat sampai habis. Buat sampai jadi. #1JutaPembaca.
.
Nora Yusof