Amalan dihindarkan dari sihir di akhir zaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Ramai sangat yang tanya macam mana nak ubat sihir?
.
Makin ke depan, makin kuat sihir menyihir ni.
.
Ramai takda ilmu. Sihir adalah termasuk dosa besar dan syirik kepada Allah.
.
Rasa sedih kepada si penyihir yang melakukan dosa terkutuk ni. Semoga Allah ampuni kalian dan kurniakan hidayah hendaknya. Allahuakbar.
.
Buat yang terkena sihir atau penyakit ain cubalah lakukan amalan-amalan berikut:
.
Yang paling utama hendaklah sentiasa bersabar diatas ujian yang menimpa. Kerana disitu adalah pahala.
.
1. Amalkan makan kurma ajwa 7 biji setiap hari. (Petua Nabi SAW)
.
2 kerapkan sedekah kerana sedekah menolak bala
.
3. Banyakkan amalan ayat-ayat penyembuh sihir, ruqyah dan amalkan Al baqarah setiap hari ya.
.
4. Banyakkan zikir-zikir, selawat dan istighfar kepada Allah sebanyak-banyaknya. Pegang tasbih tu. Takpa buat je.
.
5. Carilah ustaz atau perubatan syifa yang mengikut panduan alquran sunnah sebagai ikhtiar
.
6. Amalkan Alkahfi. Hafal dan ingat serta amal.
.
7. Banyakkan berdoa kepada Allah.
.
8. Elakkan showcase kehidupan peribadi yang boleh menimbulkan hasad dan dengki manusia. Lindungilah diri dan keluarga anda.
.
9. Jangan berhenti usaha dan ikhtiar. Buat mana-mana salah satu tips di atas konsisten. InshaaAllah.
.
Tak percaya terpulang. Banyak sudah pesanan dan ingatan asatizah-asatizah.
.
Bila kami berpesan atau menasihati bukan bermakna kami tak positif, bukan bermaksud kami bersangka-sangka, bukan bermakna kami doa yang buruk-buruk. Jika maksiat dan kemungkaran depan mata kami yang dilarang oleh Allah pasti kami tegur. Pasti kami ingatkan. Bukannya bila kalian lakukan kesalahan kita kena diam atas alasan sangka baik dengan semua orang. Benda salah dari segi hukum dan syariat, salah tetap salah. Wajib keatas yang melihat untuk tegur. Kami tegur tanda kami sayang nak semua masuk syurga. Kalau kami tak tegur. Kelak kami juga akan disoal oleh Allah kenapa kalian masuk neraka kami tak tegur. Allahuakbar. Atas dasar ni kami kena tegur. Kami tegur bukan sebab kami benci pelakunya tapi kami benci kelakuannya.
.
Berkaitan sihir ini…
DIAlah yang menyembuh. Kami kembali kepadaNYA tawakal dan Doa.
.
Dajjal nak keluar salah satu tandanya adalah sihir semakin kuat dan semakin meluas dalam kalangan ummat.
.
Benteng untuk permasalahan ini adalah kena bantu ummah celik ilmu dunia dan akhirat agar mereka sedar dosa-dosa serta kembali kepada Allah dari melakukan kejahatan. Hanya orang yang tak faham dan tak takut dosa sahaja yang buat perkara-perkara sebegini.
.
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar.
.
Nora Yusof
PenulisFTR

Kongsikan manfaat artikel ini di :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Perlukan Bantuan ?