Apa maksud riba sebenarnya?

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Apa maksud riba sebenarnya?
.
Riba itu adalah tambahan cas (interest) dari pinjaman yang kita buat dan ianya adalah satu bentuk kezaliman keatas peminjam.
.
Nak bezakan riba dengan bisness ni begini matematiknya.
.
Bisness is bisness
Riba is riba.
.
Keduanya tidak boleh bercampur.
.
Toksah duk konar leper kata kena akad lah. Bank islamik lah. Bank beli dululah. Untuk menghalalkan riba. Hmmm
.
NY dulu tak faham. NY sebelum ni pun keliru . Sorang kata macam ni. Sorang kata macam tu. Pakar kat gini. Ustaz kata gitu. Mana satu ntah betulnya. Tapi Alhamdulillah Allah bagi kefahaman sekarang. Begini. InshaaAllah.
.
Bila kita buat pinjaman. Apa-apa sahaja pinjaman. Jumlah pinjaman mestilah sama dengan jumlah bayaran balik. Itu kita panggil hutang.
.
Pinjam rm230k bayar pun mesti rm230k juga.
.
Kat mana riba?
.
Bila kita pinjam rm230k. Tapi kena bayar rm500k. Kena bayar lebih banyak dari jumlah yang dipinjam.
.
Dalam pinjaman tak boleh buat bisness ke atas duit. Itulah riba.
.
Bisness… harga jual mesti jelas masa urusan jual beli. Seller tawarkan harga jual. Pembeli bersetuju untuk beli harga tersebut. Tak kiralah bayar terus habis atau bayar secara ansuran. Bukan ada cas tersembunyi selepas bayaran.
.
Itu maksud bisness. Dan itu akad jual belinya. Mesti jelas harga jual dan harga bayar waktu tu. Jika kedua-duanya setuju. Maka berlakulah akad jual beli. Jika secara hutang pun sama. Beri tempoh bayar hutang sekian-sekian sampai sebulan or sampai meninggal pun tapi bayaran sama takda sembunyi-sembunyi tambahan sebab denda lewat bayar. Itu riba nama dia.
.
Hari ni sistem memang celaru. Dibutakan diatas nama islamik loan lah. Banklah dan sebagainya.
.
Okey begini. Konsep ni sama je untuk sesiapa sahaja tak kiralah bank ke. Orang biasa ke. Ah long ke.
.
Contoh. Kita pinjam ah long…
.
30 ribu… masa perjanjian ah long. Dia bagi kita pinjam rm30k kan. Tapi nak bayar balik jadi 200k. Ini bentuk penganiayaan. Lagi lambat bayar lagi naik bunga kan. Tapi sebab kita nak pakai juga duit. Kita letak nyawa kita kat tangan ah long tu. Konon boleh bayar. Tapi benda berlawan dengan Allah ni. Bukan makin senang. Makin sesak hidup. Tak pernahlah dengar hutang ah long ada orang memang boleh bayar habis betul-betul. Ada pun berapa orang?
.
Okey.. kita tengok kawan atau adik beradik kita pula. Pinjam rm1000 lah katakan. Riba tak kalau kawan kita kata aku bagi ko pinjam rm1000 tapi nanti bayar aku balik rm2000. Setuju? Tak kisah kalau ko dah meninggal pun nanti anak bini aku kutip rm2000 gak. Kita yang nak pinjam ni agak-agak marah tak kawan kita tu? Aku pinjam rm1000 apahal kena bayar rm2000? Its riba kan? Sebab tu kita marah. Kalau kita on agreement tu kira riba tak? Riba…
.
Kalau orang ada agama dia faham benda ni salah tak kira akad or tidak. Dalam tu dah memang riba.
.
Sebab tu kawan-kawan bagi pinjam lebih selamat. Pinjam rm1000 bayar sampai dah mati rm1000 je. Itu pun liat nak bayar. Tangguh sampai dalam kubur. Masa mati mudah mintak orang halalkan pulak. Perangai.
.
Okey pinjam bank pulak. Islamik loan. Nak beli rumah lah contoh. Harga rumah rm498,000 masa nak beli tu lah…
.
Okey cara nak beli rumah dekat Malaysia ni kena buat loan dengan bank. Masalah dia adalah bila buat loan dekat bank pinjam bukan rm489,000 tapi dalam tempoh sekian-sekian. 20 tahunlah katakan. Jumlah bayaran balik adalah sebanyak 2 juta. Aik kenapa? Rumah tu bukan harga dia rm498,000 je ke. Kenapa kena bayar sampai habis rm2 juta pulak?
.
Sebab nak beli. Setuju ajelah… konon atas nama bank buat bisness nak untung katanya. Padahal harga rumah rm498,000 tu pun dah termasuk untung dan cas dah pun. Takkanlah diorang jual rumah nak letak harga modal. Kalau beli cash pun memang harga tulah. Takkan tiba nak beli cash dia naik harga pulak. So memang harga tu dah termasuk untung lah tu.
.
Habis tu yang sampai rm2 juta or setiap bulan bayaran bulanan berubah kejap naik kejap turun tu dah kenapa pulak?
.
Inilah kita panggil ah long menyamar. 😅
.
So kenapa pinjam bank or pinjam dengan orang mesti berbeza? Bank bukan manusia juga ke yang urus? Pinjam dengan bank kita halal. Pinjam dengan kawan buat konsep macam bank kita haram dan marah? Pelik… fikirlah.
.
Bank sebab satu badan berdaftar lah konon. Orang tak berdaftar. Erm… takda beza pun.
.
Kita akad tak masa beli rumah guna loan islamik. Yer kita akad. Tapi akad yang dalam tu ada riba. Dengan riba tu kita akad jual beli tu. Nak bersih sebutlah akad tu. So nampaklah syariahnya disitu.
.
Mudah je nak kesan riba ni kawan-kawan. Apa-apa cas tambahan itulah riba. Kalau bisness takda cas tambahan. Dia siap-siap bagitahu harga jual beli. Dan bayar jumlah tu. Untung dalam bisness tak boleh diambil berkali-kali macam interest tu. Itu bukan bisness itu mencekik namanya.
.
NY memang insaf. Yang dah terlepas beli usahalah bayar dan habiskan. Taknak buat dah. Taubat. 😅
.
Azam nak beli cash je lepas ni. Kalau tak mampu menyewa ajelah sampai mati asalkan tak terlibat dengan riba. Tak mati pun duduk menyewa. Sebab hidup kita dekat dunia memang semua pinjaman pun.
.
Ada ulama tak beli pun rumah. Rumah pun takda. Maksud dia..Rumah tak wajib pun beli uols. Asal kita ada tempat berteduh dan tidak melanggar perintah Allah itu lebih baik.
.
Yang jadi nak beli lah apa sebab? Sebab fikir kata-kata orang. Itu aje. Kenapa rasa terhina ke tak beli rumah? Hina lagi orang yang makan harta riba ni.
.
Macam mana nak beli cash? Buat bisness inshaaAllah boleh beli cash. Ada je yang mampu beli cash. Kita je yang tak tahu. Allah bagi mampu. Allah maha kaya kan. Sebab taknak riba.
.
Nak seribu daya. Taknak seribu dalih.
.
Taubat dan jauhi riba. Tak mampu. Sewa. Jangan bagi alasan berapa ramai mampu. Kita usaha dulu. Allah yang bagi mampu.
.
Allah bagi kita akal untuk fikir. Cari ilmu. Teliti dan kaji. Belajar mintak Allah bagi kefahaman. Jangan duk ikut bulat-bulat je walaupun NY sekalipun. Mungkin ada yang salah dalam penyampaian NY. Perdana menteri pun banyak je buat salah. So tukar sistem kita sendiri ikut yang sebenar alquran dan assunnah. Jangan duk pusing-pusing nak menghalalkan yang haram.
.
Benda ragu-ragu NY tinggalkan aje. Tak kisahlah sape sekalipun yang cakap. 😅
.
Perbezaan pendapat raikan saje. Nak ikut boleh. Tak nak ikut terpulang. Tapi fikir masak-masak. 😊
.
P/S: Sistem pinjaman bank ni yahudi yang cipta.
.
Nora Yusof.

Kongsikan manfaat artikel ini di :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Perlukan Bantuan ?