Bismillahirrahmanirrahiim.
.
Orang yang matang walaupun tak sama pendapat dia tak blok orang tau. tak putuskan silaturahim sebab bisness. Biarlah bersahabat kerana Allah. Tak semua setuju dengan kita tu perkara normal. Sebab bukan semua ilmu dan pemahaman sama. Jadi istilah nak puaskan semua hati itu adalah tak mungkin sama sekali.
Blur beberapa hari ni nak tulis ke tidak. Nak tulis ke tidak. Selalu NY tulis je terus apa yang rasa dalam hati atau apa yang diperhatikan setiap hari. Tapi kali ni tak. 3 hari ambik masa selepas mengkaji.
.
Baca posting sana. Posting sini. At last sebenarnya manusia ni nak apa?
.
Ada yang buat posting sebab nak like. Nak naik rating. Nak buat marketing. Nak sampaikan pendapat. Nak tarik perhatian. Nak kkan perhatian. Nakkan pujian Dan… banyak lagi. Begitulah kehidupan kita berputar setiap hari.
.
Dalam setiap perbuatan kita ada dosa ada pahala. Rraaamai yang mengabaikan part ni demi content. Ada yang mengikut sahaja tanpa tahu kenapa dia ikut sesuatu perbuatan atau trend atau fashion. Sesuailah dengan hadis nabi saw untuk akhir zaman ni. Semuanya tepat belaka.
.
Kita orang Islam, kena mengamalkan Islam bukan sekadar Islam atas IC. Tapi sekular. Memisahkan agama dari kehidupan.
.
Hidup orang Islam agama mesti kat depan dulu. Allah dulu. Hukum dulu baru perkara-perkara lain.
.
Berhari-hari NY fikir macam mana nak ubah sistem rosak ni kembali kepada gaya hidup Rasulullah. Dari semua segi. Pening pikirnya.
.
Nak ubah pemimpin tak mungkin. So jalan
terbaik
ubah diri sendiri dan orang sekeliling dulu. Terutamanya mindset.
.
Orang miskin VVIP syurga.
Orang rendah hati (humble) golongan mulia.
.
Peniaga adalah pelaksana sunnah tak kira dia jutawan atau tidak. Mereka semuanya mulia. Jangan nilai peniaga dari banyak atau sikit hartanya. Sesiapa sahaja yang berniaga mereka adalah teramat mulia. Pasar malam, buka booth. Tepi jalan. Agen dropship atau stokis. Takda bezanya disisi Allah selagi mereka berniat untuk agama. Untuk zakat dan sedekah.
.
Tapi sistem hari ni mengajar, seolah peniaga yang tak berjaya ni hina dan malas. Pandangan yang rendah dari nak bantu dan suppport mereka untuk berjaya. Kasihan kepada peniaga yang jujur.
.
NY jumpa banyak orang kaya yang sangat sederhana dari semua segi. Pakaian. Percakapan. Tempat tinggal. Tetapi kaya dan tidak dikenali. MasyaAllah.
.
Mentaliti hari ni, ramai yang nilai orang dari pakaian, peralatan, famous, pengaruh dan tempat tinggal yang mewah.
.
Bukan takda kebaikan dari showcase ni. Ada. Tapi buruknya lebih banyak… begitulah.
.
Sistem ini juga perlu diubah supaya semua orang belajar menghormati sesiapa sahaja orang yang miskin dan sederhana atau semua peringkat tanpa melihat pada ukuran kekayaan harta dan pangkat dan juga bukan semata menghormati orang kaya kerana kekayaannya.
.
Macam mana nak ubah?
.
Salah satunya, hentikan showcase kejayaan diri dan personal. Result bisness (produk dll) berbeza dengan personal(rumah kereta, gaya hidup) ya. Jangan salah faham. Budaya menghormati orang kerana kejayaan dan kekayaan juga perlu dihentikan. Respect semua tak kira golongan. Trust dibina dari kejujuran, akhlak dan ILMU. Bukan dibina dari kejayaan dan kekayaan. Ianya terlalu subjektif.
.
Tidak showcase tak bermakna tak berjaya dan kaya. Tidak showcase tak bermakna takda result. Ini semua mentaliti yang telah diprogramkan. Dan perkara ini boleh diubah jika semua bersatu hati nak buat benda sama.
.
Boleh je sebenarnya.
.
Rezeki datang dari Allah. Pilih jalan keberkatan. Jalan yang mendahulukan agama. Pastinya Allah limpahkan rezeki.
.
Sebab… benda paling penting dalam hidup ni adalah kejujuran, akhlak, amanah dan tanggungjawab. Itulah yang dibawa nabi SAW. Asbab jujur berniaga bisnessnya maju. Asbab akhlaknya mulia ramai suka dan cinta kepadaNYA. Orang bercakap tentang baginda kerana jujur dan akhlaknya bukan kerana kekayaannya. Begitulah Rasul tarbiah sahabat baginda.
.
Harta diajar untuk korban kepada agama. Bukan untuk duniawi.
.
Jujur ni bukan sekadar bercakap sahaja. Jujur dalam perbuatan. Contoh marketing. Gambar sama dengan realiti. Bukan gambar je cantik licin tak menggerutu. Filter. Tapi dekat luar tak sama. Contoh lain, sama juga dengan burger mcd selalu misleading marketing. Gambar gah. Tapi isi tak sama. Hmmm… asal boleh. Tak fikir dah halal haram. Itu menipu namanya.
.
NY nak perjuangkan cara hidup Rasulullah dalam segenap lapisan masyarakat kita. Nak ubah sistem sekular kepada sistem islamik. Nak ubah ni tak mudah. Perjuangan yang sangatlah besar. Keluar dari sistem riba. Simpan cash. Hidup sederhana. Pakaian ikut sunnah. Itulah Islam. Jangan buat apa Islam Larang. Tidaklah serentak tapi perlahan-lahan. InshaaAllah.
.
Bestnya dapat hidup cara Rasulullah. Role Model
terbaik
dalam hidup, pendidikan, pemakanan, sosial dan kemuliaan. Tak boleh semua, buat lah sedikit. Jangan takda langsung. Antara nak dengan tidak je.
.
Sebab disitulah kejayaan, kekayaan, kasih sayang dan kebahagiaan wujud. Sunnah Nabi.
.
Nora Yusof.